KBBA

lazada

nuffnang

Apom Balik Triple Q Relau | Makanan Best di Pulau Pinang

Assalammualaikum. Hai semua.

Minggu lepas Eyda berkesempatan la bercuti sekejap di Pulau Pinang. Sementara dalam perjalanan tu Eyda ajak Akhmar untuk bawa Eyda ke satu tempat ni. Kalau dah Penang apa lagikan. Haruslah tempat makan. Cuma apa yang bezanya kalini, ia bukan lah tempat makan pasemboq ka, nasi kandaq ka tapiiiiiiii Apom Balik. Haaaa lainkan menu kali ni.

Ini semua gara-gara si Lyana la, dia dok tayang kat Eyda apom balik yang best ni. Yang buat teruja sangat tu sebab dekat sini menyediakan lebih dari 40 pilihan rasa untuk pelanggan dia dan yang paling penting ia adalah APOM BALIK CHEESE. Cheese dia tahap meleleh tarik-tarik gitu. Tak percaya jom tengok sendiri.
Kedai ni terletak di Relau. So memandangkan Eyda dari arah selatan, jalan yang paling dekat Eyda kena masuk ke Jambatan Pulau Pinang yang baru. Dari Jambatan tu dalam 30 minit je sampailah ke Relau ni. Yang paling penting saat tu semestinya maps sebab Eyda tak pernah sampai lagi ke sini. Alhamdulillah petunjuk hendak ke sini memang mudah. Masa nampak je gerai ni punyalah seronok tak sabar nak turun. Cuma nak parking tu agak sesak sikit. Tapi ku gagahkan jua semata-mata nak menikmati keunikan rase apom balik yang Yana kata spesial ni. Dari jauh lagi adik ni dah bagi peace dekat hakak ni ha.... 

Masa sampai tu dah rambang mata tak tahu nak pilih menu yang mana, sebab terlalu banyak. Tapi tak pa laaa... sebab sebelum mai sini Eyda dah tanya dulu dekat Yana. Yana syorkan pada Eyda untuk cuba APOM BALIK SERUNDING, CARBONARA, STRAWBERRY CHIPS. Makanya Eyda pun orderlah benda yang sama dan tambah 1 original, chocolate chips dan butterscoth chips.


Tengok adik ni buat je pun dah rasa tak sabar sangat nak makan. Menghadap dia buat tu satu penyiksaan jiwa tau sebab bau dia pun dah sedap tengok pulak dia tabur cheese semua tu memang teruja tahap hilang akal.. hehehe.. Jangan hilang akal weiiii. Korang tak pecaya ke apa Eyda cite ni? Alaaaa... sebab tak nampak cheese tu kan... Jap tengok video dekat bawah ni.
Haaaaa... Pecaya ke idokkkk sekarang ni? Banyakkan cheese dia letak, memang tak kedekut tau. So berbaloilah dengan harganya. Cheese mozarella ni seketul kecik je dah belas ringgit kan.

Masa Eyda sampai diaorang ni betul-betul baru je buka gerainya, sebab Eyda sampai dalam 12.50 macam tu. Diaorang start beroperasi pukul 1. So masa nak beli tu memang tak ramai orang lagi lah. Eyda orang ke 2. Tapi lepas je Eyda punya order dah siap orang dah start ramai. Mujur datang awal. Haaa penuh jugaklah tangan tu beli apom balik je. Nak bagi korang lagi teruja untuk mencuba Apom Balik Triple Q ni... Korang jangan pejam mata tau tengok gambar dekat bawah ni.Hehehehe...


 Nampak tak bertapa nikmatnya makan apom balik cheese ni. Dia punya cheese boleh tarik ala-ala pizza tau. Atas ni perasa strawberry chips. Tak sempat masuk kereta Eyda dah makan dulu tau. Punyalah tak sabar, teruk betul perangai kau ni Eyda oiiii.. Opppssss...

Dalam kereta balun lagi makan yang serunding pula... Fuhhhh tak terkata sedapnya yang serunding ni. Eyda memang suka sebab rasa dia tak begitu manis kemudian rase muak cheese tu dihilangkan dengan rase pedas-pedas serunding tu.... Perghhhh.. memang terbaiklah. Begitu jugalah dengan Carbonara. Jap-jap nak jadi lagi kejam... Nah tengok video bawah ni pula.
Hahaha... Jangan kecam ye dan jangan marah tau. Eyda sekadar berkongsi perkara yang sedap dan best untuk dikongsi bersama. Sedap hingga menjilat jari gitu. Okay tak nak cerita banyak dah sebab korang pun dah tengok sendiri macam mana nikmatnya Apom Balik Triple Q Relau ni. So boleh tengok facebook Apom Balik Triple Q ni. Facebook sangat aktif dan sentiasa respon dengan apa yang kita tanya. Masa nak pergi tu pun Eyda tanya melalui komen facebook je, laju diaorang jawab pertanyaan Eyda termasuklah bosnya sekali yang tolong jawabkan.

Apapun Eyda doakan En Zul terus berjaya dengan Apom Balik Triple Q ni ya. Selamat maju jaya.
CORETAN DIARI PINK

8 comments:

  1. sedapnya..
    syeeda yg dok penang ni pun xtaw ada apom balik best kat relau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang sedap dan puas hati. Nanti cuba tau

      Delete
  2. bestnya peniaga jenis tak kedekut bahan ni. Kita yang makan pun rasa bahagia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Bila tak tadekut kita pun puas hati dan rasa nak repeat lagi

      Delete
  3. Replies
    1. Hahaha.. memang terlioq sungguh. Balik kedah singgah la.. hehehe

      Delete
  4. banyaknya pilihan apom ni..kalau saya confirm tak tahu nak pilih mana satu

    ReplyDelete
  5. sedapnya apom balik.. uishhh yang berjiran pun tak sampai lagi kesana.. memang yana punya buat tergugat iman hahahha

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...