KBBA

lazada

nuffnang

5 Tips Bersahur Yang Diperlukan Untuk Kekal Sihat dan Bertenaga

Assalammualaikum dan hai semua.

Sedar tak sedar kita telah pun tiba di pertengahan Ramadhan. Dibulan Ramadhan ni biasanya Eyda akan mengambil peluang untuk berdiet tetapi tidak perlu berlapar.

SAHUR - Kepentingannya

Bila bercerita mengenai Sahur, pastinya ramai yang agak susah untuk bangun menyediakan menu untuk bersahur ni kan. Tetapi Sahur ini amatlah penting untuk kita sebenaynya.

Dari Anas RadiAllahu'anhu, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

" Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah."

(Hadith Riwayat Bukhari & Muslim)

Kita juga disunatkan untuk melewatkan sahur. Waktu yang paling afdal adalah antara 10 - 15 minit sebelum waktu Imsak.

5 TIPS BERSAHUR

Kali ni Eyda nak kongsikan 5 tips untuk bersahur.

1.  Minum air kosong bagi mengekalkan air dalam badan supaya tidak mudah dehidrasi.

2. Amalkan makan 3 biji kurma dengan segelas susu.

3. Ambil makanan yang mempunyai tinggi protein dan fibre seperti Quaker Oats.

4. Elakkan minuman / makanan yang manis kerana ia boleh menyebabkan kita cepat dahaga.

5. Elakan dari mengambil minuman yang berkafien seperti teh dan kopi. Minuman berkafien boleh menyebabkan kita pedih perut di siang hari. Terutamanya bagi yang ada masalah gastrik.


Itulah antara yang Eyda selalu amalkan setiap kali bersahur. Biasanya Eyda tidak ambil nasi ketika bersahur. Eyda lebih suka ambil Quaker Oats bersama susu dan buah kurma. Ataupun sekrang ni lebih mudah dengan adanya Quaker Oats 3 in 1 Matcha Green Tea ni.


Hari tu terlewat bangun sahur, mujurlah ada 3 in 1 ni. Terus je buka pek ni letak air panas dan siap untuk diminum. Alhamdulillah ia mampu buat perut rasa kenyang walaupun tidak makan nasi.



Oat juga dikenali sebagai sebagai Super Grains, kerana mempunyai Fiber, protein dan Beta-glucan yang tinggi. Oat didalam produk Quaker sangat baik kerana mereka mengekalkan khasiat semula jadi bijirin penuh selain mempunyai sumber vitamin dan mineral yang tinggi.


MENU SAHUR BERKHASIAT

Memandangkan Eyda tidak mengambil nasi semasa sahur, makanya Eyda akan pelbagaikan menu untuk dibuat frozen supaya senang nk makan bila sahur. Kali ni Eyda nak kongsikan 1 resepi mudah yang boleh di sejuk bekukan.

TAUHU BERGEDIL OATS

Sekarang kan viral pasal tauhu bergedil ni, jadi Eyda pun tidak lepaskan peluang untuk mencuba. Tetapi Eyda tambahkan lagi dengan Quaker Oats supaya menu kita lebih mengenyangkan.


Bahan-bahan

A
250gm daging/ayam kisar
3 biji bawang kecil

B
4 biji ubi kentang sederhana besar (direbus & dilecek)
1 cawan Quaker Oats Instant
1 sk garam
1 sk lada sulah
1 sk lada hitam
daun bawang
daun sup

C
1 pek Tauhu
1 biji telur

Cara memasak

1. Tumis dahulu bawang bersama gading kisar. Ini bagi memastikan daging lebih tahan lama bila digaul berasama ubi kentang nanti.

2. Campurkan semua Bahan B bersama Bahan A.

3. Kepal-kepalkan dan masukkan ke dalam tauhu yang telah dibuang sedikit isi dalamnya.

3. Celupkan ke dalam telur kemudian goreng sehingga kekuningan.

Sekiranya hendak simpan lama, korang boleh la frozenkan dan goreng bila hendak sahur nanti. Boleh juga dibuat sebagai hidangan berbuka puasa.


Inilah hasil Tauhu Bergedil Oats yang sangat mengenyangkan. Sebab dia ada karbohidrat, protien serta fibre dari kentang dan Quaker Oats tu. Makan 3 ketul bergedil ni pun dah mengenyangkan tau. So korang boleh la mencuba resepi ringkas ni untuk bersahur nanti ye. Anak-anak pun pasti suka sebab anak buah Eyda memang suka makan bergedil ni.

Kalau korang nak dapat kan lebih lagi resepi menggunakan Quaker Oats ni korang boleh la pilih sendiri mana-mana resepi ringkas daripada Chef Selebriti Malaysia, Anis Nabilah. Jom KLIK ->> BUKU RESEPI ni.

Okay sekian untuk kali ni ye. Untuk maklumat lanjut mengenai Quaker ni korang boleh la terjah FB https://www.facebook.com/QuakerMalaysia dan website mereka http://www.quaker.com.my/.

Selamat berpuasa semua dan jangan lupa amalkan menu sihat ya.


CORETAN DIARI PINK

16 comments:

  1. memang kekal lama kenyang demgan oat ni.. best la,ada perasa matcha tea.Biasa minum air je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sbb oats ada tinggi fibre dan protein

      Delete
  2. fuh rajin giler. iols mkn kosong jer. hehe. leh cuba utk anak2

    ReplyDelete
  3. Tak sempat lagi nak rasa yang green tea oat ini..

    ReplyDelete
  4. Quacker oat pilihan ai juga..

    ReplyDelete
  5. Nmpk sedap...bleh try wat ni

    ReplyDelete
  6. wahh ak try juga la mcm sedap je. selama ni makan oat cam tu je tak tau lak boleh buat tuk resipi. heheheheh

    ReplyDelete
  7. Nanti nak cubalah buat bergedil tauhu tu

    ReplyDelete
  8. setuju, makan oat memang kekal sihat dan bertenaga :D

    ReplyDelete
  9. Pandai betul buat resepi dengan oat tu

    ReplyDelete
  10. Menarik resepi tauhu tu, boleh cuba buat ni.

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...