KBBA

lazada

nuffnang

Resepi Biskut Florentine versi Quaker Oats

Assalammualaikum, hai semua.

Ada ke yang sudah mula buat biskut raya hari ni? Eyda belum lagi. Tapi Eyda nak kongsi satu resepi biskut florentine atau pun almond chruncy yang ramai suka tu tetapi kali ni versi energy bar pula. Nak tahu kenapa Eyda kata versi energy bar? Sebabnya kali ni kita campurkan bersama Multigrains Quaker Oats bersama buah aprikot dan kismis.

Sedappppp... buat snek lepas terawikh pun best tau. Kenyang perut macam kita makan energy bar. Jom Eyda kongsikan resepi dengan korang. Bahannya mudah nak dapat. Pergi kedai bakery semua ada.

Tengok gamba dah boleh tau bahan dia kan
Bahan-bahan

500gm - tepung florentine
500gm - badam flakes
250gm - kuaci labu (hijau)
250gm - kuaci bunga matahari
250gm - Quaker Oats Multigrains
100gm - buah aprikot kering (dipotong dadu)
100gm - kismis (campur kuning dan hitam)

Cara-cara

1. Bakar kekacang lebih kurang 5minit didalam oven dengan suhu 160°c (suhu ikut pada oven masing) dan biarkan sejuk seketika.

2. Campurkan semua bahan. Gaul rata agar tepung florentine sebati dengan bahan.

3. Ratakan di atas dulang atau pun letak sahaja di dalam bekas acuan cup kek.

4. Bakar pada suhu 160°c selama 15-20 minit atau sehingga biskut nampak warna bertukar keperangan.

5. Keluarkan dari oven. Sekiranya guna dulang korang kena terus potong tau supaya biskut tidak hancur bila dipotong. Kalau gunakan acuan cup kek, korang biarkan seketika kemudian keluarkan dari acuan.

Inilah hasilnya


Untuk resepi ni korang boleh dapat dalam 200 - 250 keping. Ikut pada besar atau kecilnya acuan yang digunakan.

Okay selamat mencuba. Anak buah pun suka sebab bila makan boleh rasa kenyang. Kalau dia malas sahur tu Eyda bagi makan biskut ni supaya dapat bagi tenaga. Jumpa lagi....





CORETAN DIARI PINK

11 comments:

  1. Boleh cuba ni ,suka tapi sebelum ni tak tau nak buat.

    ReplyDelete
  2. favorite nie .. senang rupanya buat...

    ReplyDelete
  3. fevret abe ni. nnti akn buat jugak

    ReplyDelete
  4. ni memang favourite akak. kalau orang hidang tak berenti ngunyah ;)

    ReplyDelete
  5. besnyaaaaaaaaa.. mcm sedap jer

    ReplyDelete
  6. wah, idea ni buat biskue quaker..nampak sedap tu

    ReplyDelete
  7. Sedapnya...memang dah lama rasa nak buat...tq dear kongsi resepi...nanti nak cuba buat la kalau rajin haha

    ReplyDelete
  8. Ohh boleh guna oat juga ye..

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...