KBBA

lazada

nuffnang

Perasmian Pembukaan Pasaraya Besar Giant Falim dan MOU amaxMALL.com | Ipoh

Assalammualaikum

Hai semua... Ada berita gembira untuk semua penduduk Ipoh tau. Kalau sebelum ni korang semua anggap Giant di tepi highway Bercham tu dah tutup bankrup, sebenarnye itu semua salah. Kini Giant lebih besar telah di buka dan beroperasi di Falim, Ipoh. Pasaraya Besar Giant Falim ini adalah antara yang terbesar yang berkeluasan 102 794 kaki persegi dan terdapat lebih dari 23 000 produk.



Giant Falim terletak 4km dari Bandar Ipoh dan mempunyai 1000 lebih kemudahan petak letak kereta untuk kereta dan motorsikal. Pasaraya Besar Giant ini beroperasi setiap hari dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam pada hari bekerja dan  8.00 pagi hingga 11.00 malam pada hujung minggu.

Untuk makluman semua Giant Falim telah mula beroperasi pada 1 Februari 2018 tau. Pada 9 Februari pula Pasaraya Besar Giant ni telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (TKSU) KPDNKK iaitu Datuk Basaruddin Sadali bersama Ketua Ekskutif GCH Retail (M) Sdn Bhd, Pierre-Oliver Deplanck.Semasa pelancaran ini juga GCH turut memberikan voucher eKasih kepada 50 keluarga yang terpilih.



Antara 50 keluarga yang terlibat program e-Kasih

Semasa perasmian ini jugak pihak GCH juga telah menadatangani perjanjian persefahaman (MOU) bersama amaxMall.com. Haaaa.. nak tau apa itu amaxMall.com? Okay meh sini Eyda terangkan serba sedik mengenail amaxMALL ni.


amaxMALL ialah platfom e-dagang milik penuh rakyat Malaysia yang menempatkan sebahagian besar produk dan jenama Malaysia yang terdiri daripada makanan, kesihatan & kecantikan, fesyen, toknologi dan produk untuk ibu dan kanak-kanak. amaxMALL ni juga telah beroperasi selama 2 1/2 tahun dan kini sedang berkembang untuk menawarkan produk secara dalam talian mahupun luar talian. Kalau dalam talian korang semua boleh terus ke website amaxMALL.com kalau luar talian korang boleh pergi ke Pasaraya Besar Giant je.. Haaa.. kan senang tak perlu nk susah-susah dah kan. Kini semua ada di amaxMALL dan Giant.


Pada 9 Februari tu juga semua produk usahawan dari amaxMALL mula ditawarkan di pasaraya Giant Falim dan akan mula berkembang ke 29 pasaraya-pasaraya Giant yang lain sekitar Februari ini. amaxMALL ini melibatkan 13 usahawan yang merangkumi sebanyak 51 uni stok penyimpanan (SKU) yang meliputi 3 kategori iaitu - makanan & minuman, kesihatan & kecantikan dan fesyen.


Produk Pes MAKMAH

Sambal Belacan Dapur Ibu memang kaaawwww

Dodol Bonda | Dodol pelbagai rasa

Minuman Tenaga | aeno Premium Drink



Pes Rojak
Kini usahawan IKS dapat mengembangkan lagi perniagaan mereka secara meluas dengan adanya  kerjasama GCH dan amaxMALL ini. Antara usahawan yang melibatkan diri adalah  atau dulu lebih dikenali sebagai Dodol Opah, Dapur Ibu, pes makanan segera MAKMAH, NORRICH Parfum, Minuman Premium aeno, Green SURI, Imaan Suci World dan beberapa lagi produk yang dipercayai.

Antara produk-produk di bawah amaxMALL.com

Kalau dulu ada sos Aminah Hassan kini ada Latipah

Kordial Steavea dan minuman ringan berasaskan steavea

Green SURI hasil kraftangan berasaskan jeans terpakai

Produk Kecantikan pastinya mendapat perhatian
So lepas ni kalau korang teringin nak cari produk-produk IKS Malaysia ni, dengan mudahnya boleh dapat di di pasaraya Giant mahupun secara online di amaxMALL.com. Apa tunggu lagi jom serbu amaxMALL.

Cukup dulu setakat ini, nanti Eyda cerita pulak pengalaman pertama sebagai blogger pergi event macam ni.











CORETAN DIARI PINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...