KBBA

lazada

nuffnang

Ipoh Hipster Town | Konda Kondi Cafe

Assalammualaikum,

Hai semua. Ipoh sememangnya terkenal dengan gelaran "Bandar Hipster", makanya banyaklah cafe-cafe hipster yang tumbuh bagaikan cendawan di Bandaraya Ipoh ni.

Konda Kondi Cafe... Hmmm... dengar nama macam nak bermain je kan. Teringat pulak zaman kanak-kanak dulu mest main konda-kondi ni bila berkumpul dengan sepupu-sepupu semua. Tapi kali ni bukanlah nak bercerita mengenai permainan tu, ini adalah sebuah cafe dan ia adalah antara cafe hipster yang terawal berada di Ipoh ni.

Sebelum ni pernah pergi juga, tetapi biasanya orang kata cafe ni awal-awal je rasa dia sedap nanti lama-lama rasa semua lari. Jadi kali ni fokus Eyda pada rasa makanan ni. Adakah dah berubah ke arah yang lebih baik atau pun ke arah yang seperti orang selalu perkatakan tu.




Kali ni teringin nak makan lamb ribs. Maklumlah kambing ni kalau tak kena gaya kita akan dapat yang liatlah, rasa hamis kuat lah.. macam-macam kan. Okay kite tengok macam mana ya rupanya menu kali ni.



Inilah menu yang Eyda order tadi, lamb ribs dan air lemon tea. Orang tua-tua kata petua makan kambing ni kene lawankan dengan limau jadi menu ni lah yang paling sesuai rasanya kan... hehehe.. tapi ikutlah citarasa masing-masing kannnn.


Ini adalah Giant Dinner, ada chicken chop, sosej, sunny side up, bolognise sauce dan fries

Untuk Mix Grill tu macam-macam ada memang complete set, ada chicken chop, steak, lamb, wedges dan sayur seperti carrot dan brocoli.



Antara menu yang kami order, ada spegethi ada Giant Dinner, Mix Grill dan fries. Makanan dekat sini dari segi rupa memang tidak ada yang berbeza dari sebelum ni. Maksudnya dari segi presentation dan juga dari segi portion makanan itu sendiri. Dari segi rasa pun memang puas hati makan. Rasa masih kekal sedap. Kambing tu pun lembut dan puas makan yang penting dagingnya lembut.

Kalau ambil Giant Dinner dan Mix Grill tu memang dah puas hati sebab memang sarat dengan makanan. Memang tak rugi sebab boleh kongsi 2 atau 3 orang. Tapi kalau nak makan sorang kena pastikan perut betul-betul lapar. Cuma spegethi aglio olio tu agak pedas sikit dan tidak disyorkan untuk kanak-kanak atau korang yang tak makan pedas.

Bagi korang yang datang ke Ipoh dan teringin nak try makanan western di hisper cafe dekat Ipoh ni Eyda boleh syorkan untuk pergi ke sini. Waktu beroperasi setiap hari dari jam 5.00 petang hingga 2.00 pagi. Lokasi landmark paling mudah adalah Maybank Bandar Ipoh dan Gerbang Malam. Nak terus pergi boleh la guna maps di bawah ni.. Selamat mencuba.








CORETAN DIARI PINK

15 comments:

  1. wah...bestnya...betul² hipster ni...macam best je spaghetti tu

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah best juga sekali sekala western ni

      Delete
  3. Sedapnya tengok.. Banyak pulak tu portionnya.. nak try la kalau ke Ipoh nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ke Upoh nnt roger ye.jgn lupa try

      Delete
  4. suka tengok Giant Dinner..nampak sedap & portion pun banyak

    ReplyDelete
  5. Wah . K azni org perak pun tak tau. Nnt balik ipoh nak p cari

    ReplyDelete
  6. Nanti jalan-jalan sana boleh try dekat cafe ni :D

    ReplyDelete
  7. okeh !! nanti repat ipoh jugak gayanya ni.. hee~

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...