KBBA

lazada

nuffnang

Aktiviti menarik di LWOT | Cuti Sekolah Bersama Powerpuff Girs & Ben 10

Assalammualaikum.

Hai semua, cuti sekolah dah mula ni. Apa perancangan korang semua untuk anak-anak cuti sekolah ni? Ingat tak cerita Eyda masa bulan lepas? Alaaa... pasal LWOT tu la. Ingat kan. Okay kali ni ada lagi aktiviti yang lebih menarik tau. Nak tahu apa yang menarik tu? Korang kena baca entry ni sampai habis.

Selain aktiviti Glamping & 6th miles tunnel yang kite pergi hari tu, dekat LWOT ni ada juga Hippo Kingdom, Petting Zoo, Haunted Chambers, Catopia, Dulang Tin House, Kapura Cave, Flamino Percussions, Tarantula Alley, Wildlife Encounter dan banyak lagi aktiviti taman tema air.









Kalau ada aktiviti berkumpulan, pastinya korang akan berminat untuk request menikmati hidangan sarapan berlatar belakangkan alam semula jadi di Wildlife Encounter ni. Dalam keadaan alam semula jadi yang menghijau ini sambil menghirup udara segar, pastinya akan menbuatkan kita rasa lebih dekat dengan alam dan akan lebih menghargai alam hijau yang ada.



 Selepas habis menjamu selera kita berjalan pula ke Tarantula Alley. Di sini kita boleh melihat the real tarantula dengan lebih dekat. Sebut tarantula mesti rasa risau kan sebab ia antara haiwan yang berbisa, tapi kita tak perlu risau sebab semua tarantula tu duduk dalam kotak khas.






Dekat Hippo Kingdom pula kita boleh la melihat sendiri badak air secara dekat dari dalam air. Kita juga boleh melihat bagaimana pergerakan buaya semasa dalam air. Selain tu kalau berminat boleh la memberanikan diri bagi rusa makan. Comel je rusa-rusa ni.hehehe. 


Catopia pula memang buat kite teruja sangat sebab kucing dia semuanya gebu-gebu belaka. Tapi dekat sini kita tak boleh dukung atau angkat kucing-kucing ni, sebab nanti dia akan stress. Bila kucing ni stress secara automatik tempat ini akan ditutup dari menerima tetamu. Haaa kelas kau kucing dekat sini.




Dekat Petting Zoo ni macam-macam jenis haiwan kita boleh tengok. Ala-ala mini zoo la dekat LWOT ni. Kita juga boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan di sini sebab diaorang ada jual makanan tu dengan harga RM2 satu pek. 




Kalau nak merasa makan dalam gua, boleh la request untuk special occasion makan di dalam Kapura Cave. Cantik tau gua ni, penuh dengan lampu-lampu disamping dengar bunyi air yang menitis. Makanan pun sedap dekat sini, memang makan sampai kenyang la dengan menu yang diberi.

Itu kalau untuk aktiviti berkumpulan, so sekarang untuk anak-anak yang sudah mula cuti sekolah ni. Jangan kata budak-budak, mak budak macam Eyda ni pun teruja sebenarnya nak bercerita pasal Power Puff Girls & Ben 10 ni. hahaha (jiwa kanak-kanak sangattttt...) 

Sebut je Blossom, Bubbles, Buttercup dan BEN, kite confirmlah anak-anak korang akan menjerit-jerit nak pergi. hahaha... Tak nak cakap banyak lah, siapa tak tahu pasal Lost World Of Tambun yang sentiasa menjanjikan aktiviti yang menarik setiap masa kan. So kite gerenti kalau korang tunjuk la semua aktiviti yang ada sepanjang cuti sekolah ni pada anak-anak, pastinya esok juga diaorang nak pergi.


Bermula 25 November 2017 hingga 1 Januari 2018 LWOT telah menjadikan watak super hero dari Cartoons Network iaitu Puwerpuff Girls dan BEN 10 sebagai watak utama yang menjanjikan keseronokan kepada semua yang datang sepanjang cuti sekolah kali ini.  Disamping itu korang juga pasti teruja dengan Pokok Krismas Gergasi setinggi 20 kaki.





Selain penampilan 2 hero kesayangan anak-anak ni, ada banyak lagi aktiviti yang boleh mereka sertai. Disamping bergambar dengan Powerpuff Gils dan BEN10 ni, mereka juga boleh bermain Giant Jenga, Giant Snakes & Ladder, Giant Slingshot, Shuttle Smash, Wheel of Power dan jugak Slow & Steady. Anak-anak juga boleh menari dan berjumpa dengan super hero kesayangan diaorang ni. 










Alahaiii... kite ni tengok gamba ni pun dah teruja nak pergi apatah lagi anak-anak korang. So korang jangan lepaskan peluang yang ada ni.  Kalau korang ni macam Eyda yang suke sangat beli souvenirs ni, korang boleh dapatkan semua barangan di POW Shop. Semestinya barang-barang comel Powerpuff Gils dan BEN 10 ni banyak dekat situ.

Selain itu, LOWT juga telah bekerjasama dengan ETS KTM dengan menganjurkan LWOT-ETS Selfie Contest mulai 25 November sehingga 31 Disember 2017. Kalau korang nak dapatkan tiket secara percuma inilah masanya. Tak susah pun korang hanya perlu berselfie di mana-mana poster Lost World of Tambun yang ada di stesen-stesen ETS KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang Besar. Kemudian korang boleh la hantar beserta ID tiket ETS di laman web https://a.pgtb.me/WsSkkd 

Satu pemenang akan diumumkan setiap minggu yang berpeluang untuk memenangi 2 hari 1 malam untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Siapa nak bagi free macam ni oiiii... tak susah pun nak turut serta, manalah tahu untung-untung dapatlah merasa keseronokkan mengembara di LWOT Ipoh ni.

Untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 35% korang boleh la membeli secara online. Kan lagi mudah tu. Jadi untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh la ke laman web rasmi LOWT ni. Jangan lepaskan peluang yang ada ni ya.


atau


atau

+605 542 8888 




CORETAN DIARI PINK

10 comments:

  1. Replies
    1. Mestilah best.jgn lupe beli tiket online dpt 35% discount

      Delete
  2. Wow..bestnya haida, kak ros tak pernah lagi sampai sini..entah bila la nak pergi nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene try pegi sehari tu kak rose. mesti best.

      Delete
  3. power puff girl memecah keriangan sungguh la...suka tgk...2 kali dah juju pi sini ...rasa mcm nak pi lagi hehe

    ReplyDelete
  4. sempat lagi nak bawa anak-anak time cuti sekolah ni.

    ReplyDelete
  5. sempat lagi.. cuti sekolah pun ada lagi setengah bulan..

    ReplyDelete
  6. Ada planning nak kesana juga hujung bulan ni, insyaAllah

    ReplyDelete
  7. kak azni orang perak pun tak pernah sampai lagi nih ... huhuhu ..

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...