KBBA

lazada

nuffnang

LWOT | Glamping dan 6th Miles Tunnel di Lost World of Tambun

Assalammualaikum

Hai semua. Masa birthday Eyda 30 September hari tu, kite sempat la ber'glamping' di Lost World of Tambun. Percutian singkat ke LWOT yang sangat bermakna tau sebab dipenuhi dengan aktiviti. Kalau sebelum ni mesti ramai yang hanya tahu LWOT adalah sekadar taman tema air, tetapi sebenarnye banyak lagi aktiviti yang menarik boleh kita lakukan di sini, contohnya glamping ni.



Nak tahu apa itu Glamping?
  

Okay meh sini kite terangkan. Glamping ni sebenarnye glamorous camping, atau bahasa mudahnya perkhemahan yang glamer. Nak tahu kenapa glamping? Sebabnya dalam khemah ni siap ada katil dan kemudahan elektrik tau. Cuma tandasnya sahaja di luar khemah. Tapi tak jauh pun stakat 50 langkah tu apa la sangat kan. Tandanya pun bersih dan cantik, siap ada hair dryer dan shower air panas lagi.

Jarak floating glamping dengan tandas

Tandas pun cantik

Dekat Lost World of Tambun ni ada beberapa Glamping atas tanah dan 1 floating glamping sebab dia berada betol-betul di atas Tasik Boga. Duduk atas floating glamping ni memang seronok sebabnya kita akan rasa terbuai-buai je, sambil kita boleh dengar suara alam seperti kicauan burung-burung. Inilah kelebihan yang korang akan rasa bila ber'glamping' ni tau. Bak kata 'omputih' "back to nature" haaaa gitu lah bunyinya. hehehe. 

Floating Glamping

2 katil single

1 katil queen

Lengkap dengan kipas dan bekalan elektrik

Glamping ni boleh memuatkan 4 orang, sebab dia ada 2 katil single dan 1 katil queen. Sesuai untuk mereka yang inginkan suasana perkhemahan tetapi mementingkan keselesaan.
Glamping yang boleh buat unggun api

Antara beberapa Glamping atas tanah

Suasana malam
Keluarga pun seusai duduk dalam glamping ni, disebelah malam boleh la buat unggun api sambil berBBQ sambil layan story telling.


Nan tengah bagi Ikan Kaloi nye makan. Wahai bondaku si Ikan Kaloi.. hehehe
Untuk pengetahuan korang, dalam Tasik Boga ni ada banyak ikan tau. Tapi bukanlah untuk dipancing atau dijala, sebab dalam ni ada banyak ikan Arapaima. Kalau setakat nak bagi makan macam Nan buat tu boleh lah. Hehehe. Kalau nak buat teambuilding pun sesuai sangatlah, sebab macam-macam aktiviti lasak kita boleh buat dekat sini tau. Ada rakit, ada kayak, boleh buat flying fox dan macam-macam lagi kemudahan.

6th Miles Tunnel

Satu lagi aktiviti yang korang boleh buat adalah masuk ke 6th Miles Tunnel. Last Eyda masuk gua masa team building KKLW di Pahang. Itu pun 8 tahun yang lepas tau. Huwwwaaaa... Lama sangat dah, tapi kite gagahi juga demi KBBA9 dan LWOT ni. Serius memang mencabar tahap stamina kite yang dah terperam lama ni. Sebelum memulakan perjalanan kiteorang semua diberi taklimat dahulu dan gambaran

Perjalanan ke 6th Miles Tunnel ni mencabar jugak sebenarnya. Kiteorang kene redah Tasik Boga ni dulu lepas tu berjalan celah-celah rumah orang barulah jumpa kawasan paya bakau. Dekat paya ni pun kitaorang kene redah air tu untuk masuk ke terowong gua ni. Mencabar jugaklah untuk kite yang dah lama tak aktif ni. Walau penat macam mana pun kite tetap rasa seronok sangat sebab dari zaman sekolah memang suka aktiviti macam ni sebenarnya, tapi cuma sekarang ni selalu sibuk dengan kerja hakiki. Jadi kegiatan luar agak terhad sikit. Dalam terowong ni berair dan berbatu, sebab tu kita dinasihatkan untuk pakai kasut getah supaya tak licin dan memudahkan pergerakan dalam terowong ni.
Aktiviti meredah tasik dan paya bakau

Keindahan dalam terowong gua

Bila dah keluar dari terowong ni kitaorg rehat seketika sebelum masuk semula untuk pulang ke glamping. Untuk pengetahuan semua, terowong ni hanya ada 1 laluan keluar dan masuk. Sekiranya hari hujan kita tidak boleh masuk kerana air akan memenuhi terowong ni dan menyebabkan kita terpaksa bermalam. Haaaaa... bunyi macam seram je kan, tapi jangan risau sebab ada orang yang akan guide kita semua untuk aktiviti ni.

Selepas berjaya meredah air dan batu-batu yang ada dalam terowong ni, ia menjadi satu kepuasan walaupun masing2 rasa kepenatan. Nak tau kenapa? Sebabnya sepanjang dalam terowong tu korang akan tertanya-tanya bila nak sampai, maklumlah dalam keadaan gelap dan hanya berbekalkan headlight led tu je. Jadi bila dapat keluar je dari terowong tu memang rasa bersyukur sangat dan di situ lah akan terpancar kepuasan tu.


Untuk gambaran yang lebih mengenai 6th Miles Tunnel ni, korang boleh la layan video dari LWOT ni. Video ni memaparkan gambaran sebenar berada dalam terowong ni tau.


Bukan ini je aktiviti yang kami buat dkt LWOT ni. Sebenarnye ada banyak lagi yang nak diceritakan. Untuk entry yang akan datang kite ceritakan pulak pasal Hippo Kingdom, Haunted Chambers, Kapura Cave, Dulang Tea House, Catopia, Petting Zoo dan banyak lagi. So nantikan sambungan LWOT ni. Bagi yang berminat untuk aktiviti di Lost World of Tambun ni, korang boleh la dapatkan maklumat dengan hanya klik mana-mana link media sosial yang kite bagi dibawah ni.

Maklumat lanjut LWOT

Untuk maklumat lanjut pasal Lost Worl of Tambun ni korang boleh la pergi ke website , instagram, youtube , twitter dan facebook Lost World of Tambun Perak ni atau hubungi terus di:

Alamat:
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1,
Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak Darul Ridzuan,
Malaysia

Theme park tel: +605 542 8888
Hotel tel: +605- 540 8888
Fax: +605- 542 8899
Email: lostworldoftambun@sunway.com.my

Lokasi:










CORETAN DIARI PINK

3 comments:

  1. menarik juga tempat ni. thanks info ni. boleh buat teambuilding dkt sini

    ReplyDelete
  2. Nak pegi jugak... nanti bawakan boleh?

    ReplyDelete
  3. baru tahu apa itu glamping..menarik jugak aktiviti glamping ni

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...