KBBA

lazada

nuffnang

SEHARI DI CAMERON HIGHLANDS

Assalammualaikum

Hai semua. Minggu baru ni Eyda bercuti di Lumut. Tapi hari ni nak cerita pasal cuti Hari Malaysia minggu lepas. Alkisah plan last minit nak bawa family jalan-jalan.

Kami bertolak jam 7.30 pagi dari Ipoh ikut jalan Simoang Pulai. Breakfast semua dah siapkan... Hehehe asben request nak makan nasi lemak. Arwah Mak dulu pun kalau kami berjalan memang suke bekal nasi lemak naik ke Cameron.

Pergi sana bawa Abah dan anak buah. Dah lama tak bawa Abah jalan ke Cameron ni. Terimbaulah sekejap kenangan mengusik jiwa kite dan Abah. Abah pulak mula bercerita nostalgia lama. Dari kecik lagi Abah memang suka bawa kami sekeluarga ke sini. Pergi pagi petang baru turun. Masa tu kami ikut Tapah then singgah rumah ayah saudara iaitu adik arwah mak dekat kuarter Telekom Tapah tu.

Hari tu kami sampai ke Tanah Rata dalam pukul 10. Makan dulu dekat taman yang berdekatan dengan Terminal Bas Cameron Highlands tu. Sambil makan Abah pun bercertita semula kisah-kisah lama. Katanya Cameron dah banyak berubah, kalau Abah bawa kereta ni dah tak tahu jalan mesti sesat. Hmmm... sambil layan Abah bercerita aku pun menguruskan anak-anak buah bersarapan. Diaorang pun seronok dan teruja sebab majoriti tak pernah datang ke sini. Abah pun bertambah makan nasi lemak dekat atas ni.. Dia tambah nasi pun dah buat kite HAPPY SANGAT... sebabnye Abah dh kurang nak makan banyak sekarang ni.


Lepas makan bawa pulak diaorg semua pergi ke MARDI. Dekat sana dok bergamba je la sambil tunjuk dekat diaorang semua tanaman-tanaman yang ada dekat situ. Bile tunjuk pokok strawbery bukan main eksited lagi diaorang. Lepas tu jalan-jalan sekeliling MARDI sampai dah tak larat jalan. Tengok anggur, tengok kundur gergasi, tengok arnab lah, macam-macam.





 Jadilah gambar kenang-kenangan dengan Tok diaorang

Lepas dah penat berjalan kononnya nk pergi ke KEA Farm tapi hari pun dah hujan, bawa budak-budak dan Abah yang tak berapa larat nak jalan so tak singgah pun. Kami terus je singgah makan dekat Teh Tarik Place. Masa dekat sini kite macam sentap sikit bile Abah tak nak order makanan sebab dia kata harga mahal. Tak sampai hati agaknya nak order tengok harga macam tu. Tapi tak pe la Abah bukan selalu pun... sob sob sob... Kite pun order la untuk dia mee goreng dan dia pun suke makan sedap katanya. Alhamdulillah, berbaloi la dengan harga tu kan.

Teringin jugak nk pakai topi tu.. kikiki.. Hello Kitty pulak tu



Perjalanan hari ini kami teruskan ke Cameron Lavender. Masa dekat Lavender ni Abah kata dia tak larat nak naik. Dia suruh kiteorang je naik dan dia nak tunggu dalam kereta je katanya. So kami pun keluar la untuk bagi budak-budak ni merasa tengok bunga-bunga lavender dan bunga-bunga segar yang lain.

Dekat atas ni dah ada macam-macam rupanya. Seronokla budak-budak ni ambil gambar.. eh.. bukan budak-budak je kite pun sama kalut nak ambil gamba dekat situ. HaHaHa. Tapi kite tunjuk gamba budak-budak je cukup lah ye. Kalau tunjuk gamba mak budak ni takut meluat pulak korang nk tengok.





Begitulah cerita kite seharian dia atas tanah tinggi Cameron tu. Perjalanan seharian memang agak penat tapi seronok. Kite pun dah lama tak berjalan dengan Abah macam ni. Terimbau kembali kenangan-kenangan dengan Abah masa kecil-kecil dulu. Syukur Ya Allah masih mampu bawa Abah. Walau pun Arwah Mak dah tak ada.. tapi kenangan bersama tu tetap bersemadi kekal dalam hati dan ingatan ni. Walaupun nampak Abah tu sayu dan hiba sepanjang berada dekat atas tu tapi ada keseronokan dan kegembiraan yang terpamer dimuka dia.

Okaylah nanti kite cerita pasal pergi Marina Resort Pangkor pulak ye...







CORETAN DIARI PINK

6 comments:

  1. bulan 8 ritu lisa pun baru pergi sana .. hehehe tk berapa sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah.. dah tak berapa sejuk kalau hari biasa. tapi masa pergi tu hari hujan so terasa la sejuk jg. sbb cuaca pun agak mendung je sebelum tu.

      Delete
  2. seronok ke Cameron. Nyaman je rasa sebab cuaca sejuk2. Tapi nak sampai ke atas tu Tuhan saja yang tahu macam mana pening loya nak muntah semua. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut Simpang Pulai jalan okay sikit dari ikut Tapah. so kurang la nk muntah tu

      Delete
  3. Lama dah tak ke sana..igt cuti sekolah akan dtg nak plan ke sana la

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuti sekolah biasanya ramai. melainkan hari kerja ok kot. hehehe

      Delete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...