KBBA

lazada

nuffnang

ROTI JOHN MENU BERBUKA

Assalammualaikum

Hai semua... sedar tak sedar dh 7 Ramadhan dh.

Hari ni malas nak masak beria sangat.. so kebetulan smalam dh beli roti, daging kisar... jadinya dalam kepala terfikir roti john.

Roti john yg simple je kali ni. Bahan-bahan pun mudah kadi rajin la sikit nak buat.

BAHAN

2 buku roti sosej
1 blok daging kisar Ramlee
3 biji telur
1 biji bawang dipotong dadu
1 ulas bawang putih dipotong dadu
Sehelai daun leek / daun bawang
Sedikit serbuk / pes kari daging
Sedikit garam
Minyak utk menumis
Planta / butter untuk gris pd kuali
Timun/ tomato (sayur ikut pilihan sendiri.nak letak kobis pun boleh)
Cheesy sos
Chili sos
Mayonis






CARA-CARA

Cara punmudah dan pantas nk sediakan.

1.Tumis bawang dan daun leek / daun bawang.



2. Tumis pes kari sehingga masak.

3. Masukkan daging kisar dan hancur-hancurkan.



4. Masukkan sedikit garam dan kacau hingga daging separa masak. (Sbb nnt nk masak lg atas kuali dgn telur)

Setelah daging siap... sediakan kuali leper yang di gris dgn mentega.



1. Kita masukkan telur dalam daging tadi. Kemudian letak atas kuali.





2. Belahkan 2 roti sosej tu dan letak atas bancuhan dlm kuali tu... kalo ikut bahasa Eyda... kite tempekkan je atas telur tu... hehehe



3. Tgk telur dan masak boleh la angkat.

4. Hiasan lah dengan sayur2 dan segala sos yang ade.


Taaadaaaaa... siap roti john 15 minit. 5 minit sedia bahan, 5 minit menumis dan 5 minit atas kuali..hehehe

Jadilah untuk makan berdua. Nak makan berat-berat pun tak berapa nak lalu makan...

Jadi kalau korang nak menu yang pantas boleh la cuba resepi ni...hehehe....

Selamat mencuba... dan selamat berbuka puasa semua...
























CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

8 comments:

  1. Kalau nak beli skang ni harga mahal... mmg bagus buat sniri kalau ade mase.... nnt kalau rajin leh try ni.... wiwiwiwi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betol tu ain..skrg mmg mahal..beli brg berlambak dpt buat

      Delete
  2. Hi salam kenal.. done followwww :)

    ReplyDelete
  3. cam snang.. tgk la kalau rajin nt. ahahaha

    ReplyDelete
  4. Puas hati buat sendiri...kt bazar tak berapa penuhi piawaian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah..betol sgt tu..daging pn xterasa...

      Delete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...