KBBA

lazada

nuffnang

Aktiviti menarik di LWOT | Cuti Sekolah Bersama Powerpuff Girs & Ben 10

Assalammualaikum.

Hai semua, cuti sekolah dah mula ni. Apa perancangan korang semua untuk anak-anak cuti sekolah ni? Ingat tak cerita Eyda masa bulan lepas? Alaaa... pasal LWOT tu la. Ingat kan. Okay kali ni ada lagi aktiviti yang lebih menarik tau. Nak tahu apa yang menarik tu? Korang kena baca entry ni sampai habis.

Selain aktiviti Glamping & 6th miles tunnel yang kite pergi hari tu, dekat LWOT ni ada juga Hippo Kingdom, Petting Zoo, Haunted Chambers, Catopia, Dulang Tin House, Kapura Cave, Flamino Percussions, Tarantula Alley, Wildlife Encounter dan banyak lagi aktiviti taman tema air.









Kalau ada aktiviti berkumpulan, pastinya korang akan berminat untuk request menikmati hidangan sarapan berlatar belakangkan alam semula jadi di Wildlife Encounter ni. Dalam keadaan alam semula jadi yang menghijau ini sambil menghirup udara segar, pastinya akan menbuatkan kita rasa lebih dekat dengan alam dan akan lebih menghargai alam hijau yang ada.



 Selepas habis menjamu selera kita berjalan pula ke Tarantula Alley. Di sini kita boleh melihat the real tarantula dengan lebih dekat. Sebut tarantula mesti rasa risau kan sebab ia antara haiwan yang berbisa, tapi kita tak perlu risau sebab semua tarantula tu duduk dalam kotak khas.






Dekat Hippo Kingdom pula kita boleh la melihat sendiri badak air secara dekat dari dalam air. Kita juga boleh melihat bagaimana pergerakan buaya semasa dalam air. Selain tu kalau berminat boleh la memberanikan diri bagi rusa makan. Comel je rusa-rusa ni.hehehe. 


Catopia pula memang buat kite teruja sangat sebab kucing dia semuanya gebu-gebu belaka. Tapi dekat sini kita tak boleh dukung atau angkat kucing-kucing ni, sebab nanti dia akan stress. Bila kucing ni stress secara automatik tempat ini akan ditutup dari menerima tetamu. Haaa kelas kau kucing dekat sini.




Dekat Petting Zoo ni macam-macam jenis haiwan kita boleh tengok. Ala-ala mini zoo la dekat LWOT ni. Kita juga boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan di sini sebab diaorang ada jual makanan tu dengan harga RM2 satu pek. 




Kalau nak merasa makan dalam gua, boleh la request untuk special occasion makan di dalam Kapura Cave. Cantik tau gua ni, penuh dengan lampu-lampu disamping dengar bunyi air yang menitis. Makanan pun sedap dekat sini, memang makan sampai kenyang la dengan menu yang diberi.

Itu kalau untuk aktiviti berkumpulan, so sekarang untuk anak-anak yang sudah mula cuti sekolah ni. Jangan kata budak-budak, mak budak macam Eyda ni pun teruja sebenarnya nak bercerita pasal Power Puff Girls & Ben 10 ni. hahaha (jiwa kanak-kanak sangattttt...) 

Sebut je Blossom, Bubbles, Buttercup dan BEN, kite confirmlah anak-anak korang akan menjerit-jerit nak pergi. hahaha... Tak nak cakap banyak lah, siapa tak tahu pasal Lost World Of Tambun yang sentiasa menjanjikan aktiviti yang menarik setiap masa kan. So kite gerenti kalau korang tunjuk la semua aktiviti yang ada sepanjang cuti sekolah ni pada anak-anak, pastinya esok juga diaorang nak pergi.


Bermula 25 November 2017 hingga 1 Januari 2018 LWOT telah menjadikan watak super hero dari Cartoons Network iaitu Puwerpuff Girls dan BEN 10 sebagai watak utama yang menjanjikan keseronokan kepada semua yang datang sepanjang cuti sekolah kali ini.  Disamping itu korang juga pasti teruja dengan Pokok Krismas Gergasi setinggi 20 kaki.





Selain penampilan 2 hero kesayangan anak-anak ni, ada banyak lagi aktiviti yang boleh mereka sertai. Disamping bergambar dengan Powerpuff Gils dan BEN10 ni, mereka juga boleh bermain Giant Jenga, Giant Snakes & Ladder, Giant Slingshot, Shuttle Smash, Wheel of Power dan jugak Slow & Steady. Anak-anak juga boleh menari dan berjumpa dengan super hero kesayangan diaorang ni. 










Alahaiii... kite ni tengok gamba ni pun dah teruja nak pergi apatah lagi anak-anak korang. So korang jangan lepaskan peluang yang ada ni.  Kalau korang ni macam Eyda yang suke sangat beli souvenirs ni, korang boleh dapatkan semua barangan di POW Shop. Semestinya barang-barang comel Powerpuff Gils dan BEN 10 ni banyak dekat situ.

Selain itu, LOWT juga telah bekerjasama dengan ETS KTM dengan menganjurkan LWOT-ETS Selfie Contest mulai 25 November sehingga 31 Disember 2017. Kalau korang nak dapatkan tiket secara percuma inilah masanya. Tak susah pun korang hanya perlu berselfie di mana-mana poster Lost World of Tambun yang ada di stesen-stesen ETS KL Sentral, Gemas, Ipoh, Sungai Petani, Butterworth dan Padang Besar. Kemudian korang boleh la hantar beserta ID tiket ETS di laman web https://a.pgtb.me/WsSkkd 

Satu pemenang akan diumumkan setiap minggu yang berpeluang untuk memenangi 2 hari 1 malam untuk 2 orang dewasa dan 2 orang kanak-kanak. Siapa nak bagi free macam ni oiiii... tak susah pun nak turut serta, manalah tahu untung-untung dapatlah merasa keseronokkan mengembara di LWOT Ipoh ni.

Untuk mendapatkan potongan harga sebanyak 35% korang boleh la membeli secara online. Kan lagi mudah tu. Jadi untuk sebarang maklumat lanjut korang boleh la ke laman web rasmi LOWT ni. Jangan lepaskan peluang yang ada ni ya.

https://sunwaylostworldoftambun.com/pow-

atau

http://www.facebook.com/lostworldoftambun

atau

+605 542 8888 




CORETAN DIARI PINK

Tiada Lagi Kulit Kusam Dengan MelloWhite

Assalammualaikum

Hai semua. Hari ni baru Eyda berkesempatan nak update blog. Nak tahu 1 kisah tak? Lepas pergi ke LWOT hari tu, kulit muka kite memang teruk sunburn. Nak pulihkan balik memang selalunya ambil masa yang lama. Maklumlah kulit kite ni sensetif dengan panas ni. Kite tak tipu tau, korang boleh tengok sendiri muka masa lastday di LWOT. Tengok gamba dekat bawah ni. Muka kite dah gelap kerana sunburn.


Last day di LWOT setelah penat meneroka keseluruhan LWOT

Selalunya kulit kite akan mengambil masa yang agak lama untuk pulih tetapi TIDAK bila kite start menggunakan MelloWhite ni. Nak tahu kenapa? Sebab kandungan yang ada dalam MelloWhite ni mampu memberikan banyak impak pada kita semua. Jom kita kupas satu per satu apa yang ada di dalam MelloWhite yang best ni.


Pek MelloWhite yang sangat sweet bertemakan warna Pink, warna kesukaan Eyda
Bahan-bahan Utama MelloWhite
 
Terdiri daripada 9 bahan utama

 Vitamin C

 


•Mencerahkan kulit secara semula jadi dengan merencat enzim tyrosinase yang diperlukan di dalam proses penghasilan melanin.
•meningkatkan paras gluta thione dan vitamin E.
•protein kolagen memerlukan vitamin C untuk molekul mencapai konfigurasi yang terbaik. 
•Vitamin C mempertahankan kekenyalan kulit dengan mencegah kolagen dari menjadi lemah dan mudah rosak.


Manfaat



•Membantu mencegah selsema

•Meningkatkan system imun tubuh

•Membantu proses penghadaman dan penyerapan zat besi

•Menjaga kesihatan mata dan menguatkan gusi

•Mempercepatkan penyembuhan luka



Delima




Buah delima memberi kelembapan semula jadi pada wajah, memperbaiki sel kulit, memberi tona kulit yang sekata dan meningkatkan keanjalan kulit. Hasilnya kulit kelihatan mulus, segar dan berseri-seri.
•Kaya dengan vitamins A, C dan E.
•Kaya dengan antioksidan dan zat besi.
•Memperlambatkan proses penuaan dan juga memberi pelbagai khasiat pada kulit.


Manfaat

•Membantu peredaran darah
•Mengurangkan inflamasi
•Membantu mengurangkan gejala anemia
•Meningkatkan system imuniti



Ubi bit merah





•Mempunyai sumber fitonutrien unik yang dinamakan betalain menunjukkan sifat anti-oksidan, anti-radang dan anti-kanser.
•Toksin yang terkumpul di dalam badan merupakan salah satu penyebab kulit yang kusam.
•Ubi bit merah juga berfungsi sebagai bahan detoksifikasi yang membersihkan toksin dari tubuh, memperbaharui sel kulit yang rosak dan memberi nutrisi yang diperlukan oleh kulit menjadikan kulit sihat dan bersinar

Manfaat

•Meningkatkan penghasilan sel darah merah
•Kaya dengan nutrien -folate (vitamin B9), manganese, kalium, zat besi dan vitamin C.


Buah zaitun





Bertindak dengan menghalang aktiviti tyrosinase yang merupakan penyebab kepada tompok-tompok gelap yang tidak diingini.
•Sebagai antioksidan yang kuat, menyekat radiasi ultraviolet dan mengurangkan kesan radikal bebasbagi mengelakkan pengeluaran berlebihan melanin pada kulit.
Hasilnya tesktur kulit wajah menjadi licin dan cerah.
Ekstrak zaitun mempunyai efek antioxidan
•4.5 kali lebih kuat dari vitamin C
•4 kali lebih kuat dari anggur
•2.5 kali lebih kuat dari teh hijau

Manfaat

•Merendahkan risiko penyakit jantung
•Mencegah pengoksidaan Kolesterol LDL
•Mengurangkan keradangan
•Mengurangkan intensity atau kekerapan tindak balas alahan


Ekstrak kelopak bunga mawar





•Sumber yang kaya dengan polifenol.
•Ia dapat mengurangkan aktiviti tyrosinase sehingga 44%, 
•merencatkan pengeluaran melanin dan mengurangkan masalah pigmentasi pada wajah.
•Memperolehi kulit yang halus, cerah, gebu dan tanpa cela.


Ceri acelora




•merupakan sumber yang kaya dengan vitaminC,ia mampu merangsang pembentukan kolagen dalam badan.
•Dengankandungan anti-oksidan yang tinggi,ceri acerola mampu melindungi kulit daripada ancaman radikal bebas secara tidak langsung melambatkan proses penuaan.
•Ceri acerola juga mengandungi pelbagai jenis nutrient yang membantu menghidrat dan mengekalkan kelembapan kulit.

Manfaat

•Membantu kesihatan mata
•Meningkatkan metabolism badan
•Mencegah tekanan oksidatif
•Kaya dengan nutrien –vitamin C, vitamin A, thiamine, riboflavin and niacin



Barli hijau 




•membekalkan kandungan nutrient yang semulajadi dan mudah diserap termasuk vitamin, mineral, enzim, klorofil, asid amino dan antioksidan.
•Ia mempercepatkan pemulihan danmengaktifkan semula keremajaan kulit dengan nyata sertamengembalikan keayuan wajah.

Manfaat

•Detoksifikasi
•Mengekalkan keseimbangan asid-alkali dalam badan
•Memberi kesan anti-radang yang mengagumkan
•Merupakan agen antioksidan yang kuat
•Memperbaiki sel-sel yang rosak
•Meningkatkan stamina badan



L- Cystein




L-Cysteine memberi kelebihan dalam melambatkan process penuaan daripada bintik hitam, kedutan dan garis-garus halus.


Meningkatkan penghasilan glutathione dalam hati.
Menggalakkan pembentukan pigmen cerah (pheomelanin).
•Membantu detoksifikasi.
•Melindungi badan daripada kerosakan yang disebabkan oleh radiasi.


Alpha Lipoic Acid (ALA)



Dikenali sebagai antioksidan universal kerana ia adalah penangkap radikal bebas yang kuat di persekitaran yang larut air dan juga larut lemak.

Melawan radikal bebas di seluruh badan. 


Mengitar semula vitamin C dan glutatathione.

•Mengetatkan liang pori

•Memudarkan kedutan dan garis-garisan pada kulit

•Membuat kulit kelihatan sihat dan cantik secara semulajadi.

Cara Penyediaan MelloWhite
 

Cara menyediakan MelloWhite ini sangat lah mudah. Hanya perlu campurkan 1 peket MelloWhite bersama 150ml air. Eyda suka minum bersama air sejuk sebab ia rasa lebih fresh untuk dinikmati.


Untuk mendapatkan buih yang lebih, disarankan menggunakan shaker untuk membancuh
Kesan Seawal 7 Hari

Kesan seawal 7 hari, untuk pertama kali memang kite tak percaya langsung. Tetapi dengan keinginan yang kuat untuk mencuba, kite teruskan sehingga 1 kotak. Namun kesan itu ternyata terbukti berkesan untuk diri kite. Kalau tak percaya korang boleh tengok sendiri kesan seperti gamba di bawah.


Kesan sunburn yang teruk selepas ke LWOT berjaya dikurangkan dalam masa 5 hari dan selepas 10 hari kulit bertambah cerah. Dengan kesan yang begini pastinya kite akan terus untuk consume MelloWhite ni. Kalau dulu untuk hilangkan kesan sunburn ni kite ambil masa yang lama lebih dari sebulan dan kulit pasti akan mengelupas. Tetapi dengan MelloWhite ni tiada kesan mengelupas. So kite memang syorkan untuk korang semua untuk mencuba produk MelloWhite ni.

Kalau ada yang berminat korang boleh lah menghubungi:

Senarai Smart Merchant MelloWhite

Azian : Perak 019-4732120
Norin Faridah : Selangor 019-2195949
Norhana : Penang 012-4854942
Haslin : Selangor 017-6908322
Hezla : Johor/Selangor 016-2155875

Hj Ghazali : Penang 019-4793684
Yahya/Pak Ya : Johor 019-7610010
Sha : K/Lumpur 019-3421127
Nani : K/Lumpur 012-3004117
Zahariah : Putrajaya 016-6704240


Atau boleh terus hubungi Shi-Mellow Beauty Health

Tel : +603-90565690 / HP : +6012-5261148












CORETAN DIARI PINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...