KBBA

lazada

nuffnang

Resepi Kerabu Telur Goreng ala Thai

Assalammmualikum, hai semua.

Alhamdulillah diam tak diam sudah 5 hari kita menjalani ibadah puasa. Rasanya belum terlambat Eyda nak ucapkan Salam Ramadhan Kareem buat semua.

Hari ni encik asben buat permintaan. Dia nak rasa kerabu telur goreng yang tengah dok viral dekat facebook tu. Alang-alang bahannya mudah kite cuba la tunaikan permintaan dia. Bukan selalu dia nak request macam-macam. Okay jom kite tunjuk bahan dan cara nak buat kerabu telur goreng yang rinkas tp sedap ni.

Bahan-bahan

Telur (digoreng 4 biji)
Cili padi ditumbuk
Bawang putih ditumbuk
Sos ikan
Buah tomato dipotong dadu
Daun ketumbar (asben tak suka Eyda gantikan dengan daun sup)
Suhun
Sedikit gula
Jus limau nipis
Daun salad sebagai hiasan



Cara membuat

1. Tumbuk cili padi bersama bawang putih. Tumbuk kasar tidak perlu hancur.

2. Celurkan suhun sehingga kembang.

3. Tomato dipotong dadu atau hiris nipis.

4. Hiris lobak merah secara memanjang seperti hendak buat som tam atau kerabu mangga.

5. Satukan  semua bahan diatas bersama 3 sudu besar sos ikan dan sebiji perahan limau nipis.

6. Taburkan sedikit gula pasir atau gula merah secukup rasa.

7. Goreng telur hingga kelihatan garing kemudian potong kecil dan gaulkan bersama bahan tadi.



8. Gaulkan telur bersama bahan tadi hingga rata kemudian siap untuk dihidangkan.

Mudahkan nak buat kerabu ni. Tahap kepedasan tu terpulanglah kalau nak pedas lebihkan cili padi tu. Tadaaaaaa... boleh makan dah kannnn.... Alhamdulillah asben suke walaupun pertama kali mencuba.







CORETAN DIARI PINK

JOM SHOPPING RAYA | FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018


Assalammualaikum dan hai semua.

JUALAN BARANGAN RAYA FESTIVAL RAMADAN PUTRAJAYA 2018. Eh Tak sangka dah hampir bulan puasa. Tak lama dah kan. Lepas tu dah fikir nak raya kan. So ini untuk warga Putrajaya. Tiba-tiba rindu pulak zaman duduk di Putrajaya tu kan. Untung orang Putrajaya, sejak pindak ke Ipoh macam-macam acara ada.


Kali ini bermula 17 Mei 2018 (1 Ramadan 1439) selama sebulan bertempat di Dataran Putrajaya, Presint 3. Dengan objektif untuk menyatukan ukhuwah rakyat Malaysia yang berbilang agama dan budaya, penganjuran festival ini juga membuka peluang perniagaan kepada usahawan muda yang pada hari ini seakan menjadi satu senario menarik setiap kali tibanya Ramadan.

Festival Ramadan Putrajaya 2018 disasarkan untuk mereka yang berada di kawasan seperti Bangi, Kajang serta kejiranan yang berhampiran bagi memudahkan mereka merancang masa untuk persiapan raya sepanjang Ramadan. Di samping itu, festival tersebut turut menawarkan pelbagai aktiviti menarik sepanjang Ramadan untuk para pengunjung.
  

Selain itu, turut disediakan hadiah utama yang berupa sebuah biji kereta ataupun motosikal untuk cabutan bertuah, persembahan ‘busking’ para artis popular masa kini, penampilan artis-artis istimewa yang akan diumumkan dari masa ke masa serta akan diserikan lagi dengan gerai para selebriti terkenal seperti Ella, Hanez Suraya, Kaka Azraff, Ekin, Leez Rosli, Sofi Jikan, Haiza, Saiful Apek, Siti Sarah, Shuib dan ramai lagi. Program ini menggabungkan seramai 30 selebriti terkenal tanahair.

Program Kerohanian

Malah, turut diberikan perhatian khusus dalam penganjuran festival ini adalah program kerohanian. Tazkirah Ramadan bersama selebriti pilihan dan ceramah agama dari penceramah jemputan bakal menghiasi kalendar sepanjang bulan tersebut. Sebelah petang pula, program bubur lambuk akan memeriahkan lagi festival tersebut. Hujung minggu pula, direncanakan majlis iftar bersama anak-anak yatim yang terpilih.

Fokus Jualan Barangan Jenama

Tumpuan juga akan diberikan kepada barisan gerai daripada pelbagai jenama terkenal dari kalangan hijabista dan lain-lain. Penjualan di gerai akan merangkumi tawaran pakaian muslimin  dan muslimah terkini, alat solek, perhiasan rumah serta kuih raya untuk persediaan Syawal kelak.

Pastinya Festival Ramadan Putrajaya 2018 akan memudahkan persiapan keluarga mahupun individu kerana di sinilah bakal tertumpunya pelbagai aktiviti menarik dari segi intelektual dan kerohanian, penawaran jenama terkenal yang mampu milik dan juga ruang untuk beramah mesra dengan personaliti popular tanahair.

Maklumat Lanjut

sila hubungi;
Unit Publisiti Jualan Barangan Raya Festival Ramadan Putrajya 2018
(TEL:  Izainil: 017-3031 953/ Ashraf 017-8892909)



CORETAN DIARI PINK

Siti Aafiyah Binti Khalid | Si Comel Pipi Merah Dato Siti

Assalammualaikum, hai semua.

Malam ni pastinya timeline punuh dengan kisah puteri kesayangan Dato Siti Nurhaliza dan Dato K kan. Ohmaiiiiii... memanglah ramai yang teruja. Eyda pun agak teruja sebab Eyda pun tahun ni dah 11 tahun mencuba. 


Alhamdulillah ini berita gembira juga buat semua peminat Dato Siti. Bile tengok je baby tu tiba-tiba Eyda yang touching lebih. Seolah-olah Eyda pula yang dapat cahaya mata tu.


Hari ini seperti yang dijanjikan pasangan ini mengumumkan nama puteri comel mereka. Tujuan asal nak tunjuk rupa dan umum nama. Tapi biasalahkan, ramai yang nak menjadi #1. Apa pun tetap happy dengan Majlis Aqiqah dan Tahnik puteri mereka ni.




Siti Aafiyah Binti Khalid, itulah nama sebenar Si Comel Pipi Merah atau nama timangan sepanjang 7 hari ini Fatimah Ar Zahra semperna puteri kesayangan Rasullullah S.A.W. 


Nama Siti Aafiyah ini diambil semperna potongan ayat doa yang sering dibaca oleh Dato Khalid sepanjang di Mekah. Dato Siti juga sering menerima doa-doa berkaitan "aafiyah". Itu yang Eyda dengar semasa mereka mengumumkan nama Si Comel Pipi Merah malam tadi.


Bergenang air mata tanda terlalu gembira dengan si comel Aafiyah ni. Semoga menjadi anak yang solehah dunia akhirat ya sayang. Aunty love U. Buat kawan-kawan yang membaca doakan untuk kita dan para ibu-ibu yang masih menanti cahayamata ni ya.



Pernah tak korang terfikir lahir sebagai anak Dato Siti Nurhaliza ni? Hehehe... tu pun terbaca dekat tweeter... hehehe... Rasa tak boleh nak move on tengok muka Aafiyah ni. Comel sangat macam nak gigit pulak pipi gebu tu.. eh eh eh.. suke hati kau je nak gigit kannn.. hahaha...



CORETAN DIARI PINK

Resepi | Bubur Gandum Permintaan Abah

Assalammualaikum, hai semua.
Baru-baru ni Eyda belikan Abah bubur ayam McD sebab dia tak sihat. Tapi Abah pulak ingatkan itu bubur gandum. Entah kenapa Abah tiba-tiba bercerita panjang pasal bubur gandum. Dalam hati terfikir.... agaknya Abah nak suruh buat tapi bimbang menyusahkan anak dia kot.


So balik dari singgah rumah Abah tu, Eyda pun teeus singgah kedai beli gandum. Bahan lain semua ada dah cuma gandum sahaja yang tiada. Malam tu Eyda terus rebus gandum sampai lembut sebelum Eyda tidur. Esok pagi sebelum pergi kerja Eyda siapkan untuk tambah santan dan bahan-bahan lain.


Eyda masak style mudah dan simple je. Sebab nak makan sendiri untuk Eyda dan Abah je. So ini bahan-bahan yang Eyda gunakan.

3/4 cawan gandum
1 liter air untuk merebus
1/2 cawan gula putih (ikut pada tahap manis yang korang nak guna)
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu sejat
1 helai daun pandan
Secubit garam


Rebus gandum sehingga lembut dengan 1 liter air. Selepas rebus air jangan dibuang. Owh ya kalau korang suka korang boleh tambahkan sagu juga ya. Tapi Eyda tak letak.


Disebabkan Eyda rebus gandum malam, jadi pagi tu baru Eyda letak santan, susu cair, daun pandan, gula dan garam. Eyda letak gula tak banyak sebab Eyda tambahkan stevia, tapi kalau korang sukakan manis korang boleh tambah lagi gula ikut citarasa korang. Eyda wajib kontrol gula ni. Hehehe...


Mudahkan... bila sudah merenih korang boleh la tutup api dan hidangkan. Tapi maaf la Eyda tak ada gamba yang dihidang sebab terkejar-kejar nak pergi kerja. Hehehe.


Haaaa... macam mana? Mudahkan nak masak bubur gandum ni. So selamat mencuba ya. Owh ya... kalau korang nk pelbagaikan pun boleh. Korang boleh tambahkan ubi atau pun jagung. Boleh dimakan tengah panas mahupun sejuk. Eyda suka simpan dulu dlm freezer baru makan. Hehehe.. 

CORETAN DIARI PINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...