KBBA

lazada

nuffnang

KUIH CHANG HALAL

Assalammualaikum...

Hai semua.. hari ni nak cerita pasal makanan pulak boleh tak? hehehe...
Korang pernah tak dengar KUIH CHANG atau pun LOH MAI GAI? ni kuih tradisi org Hokien. Sebelum ni makanan ni jadi viral di Ipoh sebab ada dijual di Masjid Muhammadiah Jln Tasek Ipoh atau pun lebih dikenali sebagai Masjid Cina dekat Ipoh ni.









Pagi tadi masa kite nak pergi ke rumah Abah.. singgah sekejap untuk beli sarapan. Kebetulan nampak pulak tergantung kuih ni dekat kedai tu. Apa lagi nak ditunggu memang kite capai terus je la... Kebetulan pulak owner tu pun ada sekali dekat situ. Dia baru je hantar kuih chang tu dekat kedai kakak tu.

Sebelum tu kite berkenalan dulu dengan kuih ni ye.


Kuih Chang ( "Zhang", 粽子:) ni selalu dibuat semasa Pesta Duan Wu atau dalam bahasa melayu Pesta Bot Naga. Pesta ini diraikan oleh orang Hokien pada pertengahan tahun. Kuih ni menggunakan pulut tetapi org cina menggunakan kicam hitam, dan isinya ada yang menggunakan udang kering, daging ayam, cendawan, dan kacang soya. Ada juga yang menggunakan telur masin kuning letak dalam pulut ni.Kalau oang melayu ada ketupat, maysrakat cina pun ada ketupat nya.. hehehe...


Kuih ni dibungkus menggunakan daun buluh. Dauh buluh ni perlu direndam dengan air garam semalaman supaya daun menjadi lembut dan senang untuk membungkus. Selepas dibungkus dan diikat kuih ini akan dimasak dalam air panas sehingga betul2 lembut pulutnya.




 Hari ni kite dah pun mencuba makan kuih chang ni dan kite sukekan rasenya yang masin-masin lemak tu. memang seakan-akan ketupat pulut kita.bezanya tiada santan dan dalam nya ada ayam dan kacang soya. Kalau nak rasa pedas-pedas boleh la makan dengan sambal sikit.. hehehe.. tapi kite memang dah terjatuh cinta dengan kuih chang ni.



Yang atas motor tulah ownernye... Bro Hanif Chan

Bagi warga Ipoh yang nak merasa boleh la call Abam ensem ni... Bro  Hanif Chan.. orangnya pun peramah. So jangan lupa ye call dia 010-3919307.  Selamat mencuba semua.






CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

1 comment:

  1. Ini bukan chinese panggil dumpling tu ke?? whuaaah!! dari duu teringin nak makan.

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...