KBBA

lazada

nuffnang

KORANG PUNYA PASAL LA EYDA TERPENGARUH NGAN CHILLINDO

Assalammualaikum

Hai semua... siyes Eyda nk marah.. hahaha.. eh marah tapi gelak pulakan macam mana tu...

Ni semua gara-gara geng blogger yang asyik bid dekat Chillindo la ni. Asal buka fb je keluar pasal Chillindo, asal buka je diaorang menang bid... Sampai kite pun terjebak sama. Tapi apa yang lagi teruk, bukan kite je tapiiiiii.. asben kite pun sama terjebak...hahahaha


 Inilah hasil tangkapan dekat Chillindo tu... Tapi benda pertama kite beli yang bawah ni ha. Sports camera. Saja-saja nk mencuba. Bid pulak harga bawah dari harga pasaran. So memang ambil kesempatan la kan.



Sports camera ni jangan la dibandingkan dengan yg pro tu ye. Camera ni sesuailah dengan harganya. Kualiti bagus jugak gamba terang. Teruja jugaklah masa mula-mula dapat tu. Dah bid sekali nak bid pulak berkali-kali. Hadoiiila haiiii....


Yang ni pulak 2nd bid. Kelambu untuk baby. Yang ni kite nak bagi pada seseorang. Hehehe.. sebab kite tak ada baby lagi.. So doakan ye...

Okay tadi ada bagitahu asben pun beli jugak kan. Dia beli teropong untuk malam tu. Boleh pakai untuk memancing nanti katanya. Lepas tu dia try pulak jam android tu. Jam tu pun ok la dengan harga. Yang penting boleh berfungsi seperti yang kita ingin kan. Selain tu kite ada jugak beli barang-barang rumah yang kecil-kecil macam gunting utk daun sup tu, pam sinki, mainan anak buah dan beberapa lagi benda kecil-kecil. Tapi semua tak sempat nak ambil gamba. So mana yang ada je la kite tunjuk ye.

Nasihat Eyda, kalau nak ber Chillindo ni kene cek dulu harga pasaran tau. Baru lah berbaloi apa yang kita bid tu. Ape pun kite dah cuba korang dah cuba ke? hehehehe...



CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

SELEPAS 20 TAHUN.... DIA KEMBALIII... SOBBB SOBBBB

Assalammualaikum...

Hai semua...

Selepas 20 tahun akhirnya dia kembali balikkkk...
Siapa yang kembali???? Alaaaaa takkan tak tau? Ala dia la... diaaaa tuuu... ishkkk xkenal lagi??? Dia lah Cinderella.hehehe...

Hampir 20 tahun lalu kisah Cinderella yang menjadi fenomena di Malaysia... Drama yang memang dinantikan setiap hari. Tahun 1998 memang cerita ni menjadi sebutan ramai.

Pelakon hebat dalam drama Cinderella tahun 1998

Haliza Misbun
Ahmad idham
Riezman Khuzaimi
Amyza Adnan
Kathy Azean
Zizie Ezzete
Abu Bakar Omar
Azizah Mahzan dan ramai lagi

Meh nak imbau sikit kenangan dulu-dulu.. kite layan opening drama ni...



Bile korang tengok je cerita ni confirm korang akan hafal lagu ni secara automatik... tak kan lupe kotttt... lagu Sehati Sejiwa tu... Nah lirik lagu ni...

Kita memang dijodohkan bersama
Sehati serta sejiwa
Walau esok atau akhir nanti
Kita telah ditakdirkan bersama-sama
Wahai kekasih bersabarlah menempuhi dugaan
Kita sedaya telah berusaha untuk berdua
Tapi selagi ada jurang terpisah
Impian kan musnah kita masih ada cara untuk

Leraikannya
Kita jatuh cinta bukan kerna paras rupa
Atau harta benda yang diidami manusia
Seharusnya kita bersyukur kepada tuhan
Kita mengecapi bahagia selagi hayat ada

Hanya engkau kekasihku hanya aku kekasihmu
Dengan satu rasa dalam dua jiwa
Kita ditakdir bersama…

Haaaaa...ingat kannnn... lagu nyanyian Haslinda.

Sekarang ni setelah hampir 20 tahun Ahmad Idham kembali dengan filem terbarunya Pencuri Hati Mr Cinderella. Telah ditayangkan mulai 10 Ogos yang lalu tapi sayangnya.. Eyda cuba cari dekat Ipoh tapi tak ada pulak tanyangannya... Adakah kite yang terlambat atau memang dekat Ipoh tak ada... kecewa la sekejap..


Okay jom tengok sikit cerita dia...


 
Okay macam mana??? teruja tak nak tengok.. hehehe.. untuk peminat drama ni dulu mesti teruja nak tengok punya. Nak tau jugak apa kesudahan Nurul dan Salman dalam cerita ni...

Apa pun kite harap sangat nanti akan ditayangkan dalam tv pulak..




CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

BA BAO TEA DARI MEE TARIK WARISAN ABANG HASSAN


Assalammualaikum,

Hai semua... Kali ni Eyda saje nk share pasal teh ni... Pernah tak pergi Kedai Mee Tarik Warisan Abang Hassan? Kedai ni dah banyak cawangan dah seluruh Malaysia. Kalau pernah pergi mesti korang pernah rasa air teh ni.



Cina panggil Ba Bao Cha atau pun Eight Treasure Tea. Kenapa Eight? Kenapa lapan? hehehe.. sebabnya jom kite tengok apa bahan yang ada dalam teh ni.

Bahan-bahan yang ada dalam Ba Bao Tea ni ada 8 jenis sebenarnye.

1. Tieguanyin Oolong Tea
2. Kurma Cina / Red Dates
3. Longan
4. Laici
5. Apricot
6. Buah Goji / Wolfberry
7. Bunga kekwa / Crysantimun
8. Gula Batu / Crystal Sugar

Kesemua bahan ni telah dikeringkan tau. So bila nak minum baru tuang air panas. Kelapan-lapan bahan ni banyak khasiatnya dari segi kesihatan tau. Air ni juga dianggap tonik kesihatan yang sangat berharga di Yunnan. Ia mampu meningkatkan peredaran dan menambahkan darah. Selain itu ia juga baik untuk hati.

Buah-buah yangbada tu kita boleh la makan, jangan dibuang pulak. Dari kecik kite memang suka makan red dates tu sebab arwah mak selalu buat acar buah. Masa dulu ada Ahso kedai ni bagitau mak. Kalau nak tambah darah boleh rebus kurma cina ni.

Selain tu kalau korang perasan, bahan-bahan dalam ni banyak yang anti-oksidan. So memang baik untuk mencegah kanser. Minuman yang sangat menyegarkan dengan rasa manis gula batu yang tidak terlalu manis.

Jadi, kalau korang teringin boleh la beli dekat kedai Mee Tarik Abang Hassan ni. Korang cuba tau.. hehehe...


CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

SEMAK TARIKH LUPUT RIBENA ANDA! INI PUNCANYA...

Assalammualaikum.

Hai semua...

Mesti ramai peminat Ribena kan...Termasuklah Eyda sendiri... Eyda nak minta korang semua semak tarikh luput pada setiap pembelian Ribena korang tu... Nak tahu kenapa? Ini puncanya... Tengok gamba di bawah ni.


Inilah puncanya.... semua produk Ribena yang tersenarai telah ditarik semula buat sementara waktu.

Pengurus Besar Suntory, memberitahu Harian Metro dan menjelaskan penarikan semula itu dibuat kerana mengesyaki beberapa produk mereka terdedah kepada udara ketika proses pembotolan di kilang pembuatan. Oleh yang demikian kesemua produk Ribena dari semua perisa dan saiz ditarik untuk sementara.

Pengguna dinasihatkan supaya tidak meminum produk yang ditarik balik kerana mempunyai rasa masam dan berbau. Sebarang pertanyaan korang boleh menghubungi talian
1 800 88 6200.

So kalau ada yang dah beli sila semak semula tarikh luput korang ye...

Sharing is caring... sama-sama maklumkan pada yang belum tahu.




CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

MENYESAL TAK KUTIP... JERUK MAMAN PANTAI

Assalammualaikum,

Hai semua... Menyesal betol tak kutip sebelum ni... Korang pernah dengar tak pasal tumbuh-tumbuhan yang bernama maman ni? Pokok maman atau nama sainstifiknya Cleome gynandra (tanye pakcik gugel) hehehe...
Pokok maman ni sejenis herba juga yang tumbuh melata je dekat tanah. Ada yang panggil maman pantai ada yang panggil maman pasir.

Eyda dari kecil memang Arwah Mak ajar buat jeruk je. Makan pulak dengan ikan goreng panas2 ditambah pulak cili padi potong.. fuhhh boleh bertambah makan... Meleleh air liur bile bayangkan... Hahahaha.... Tapi ada negeri-negeri lain yang buat masak lemak atau rendang. Sebenarnye kite tak pernah buat jeruk maman ni... Tapi disebabkan dulu memang selalu tolong arwah mak kutip dan tengok dia buat.. So rasenye boleh la kot... hehehe...

Owhhh.. lupe nak cerita kenape kite boleh tiba-tiba nak buat jeruk maman ni...

Alkisahnya smalam... kite nk bawa Abah pegi makan macam selalu... Masa Abah masuk kereta, dia tanya "kamu reti ke buat jeruk maman? kalau reti nanti ada keje sikit nak suruh" hahaha... lepas balik dari makan... Abah pun kutip la maman yang tengah segar melata dekat tanah depan laman rumah tu.

Disebabkan dah lama tak tgk pokok maman ni.. risau pulak kite terkutip pokok lain.. hahaha... lpas tu kite pun wasap la family tanye mane satu pokok maman ni.. hehehe...bukan ape ingat-ingat lupe dah... (nampak tak faktor usia tu dah semakin nampak....he he he)

Berjaya la jugak kutip.. geram pulak tengok elok je segar bugar gemok pokok ni. Abah pun bukan main lagi suruh budak-budak ni tolong kutip. Si Caca & Ika pun laju je la kutip... Tapi Abah ni pegi kutip pulak dgn akar-akar skali.. adoiiii susah la nk asingkan nanti.. Dulu seingat kite, arwah Mak suruh petik yg pucuk lembut atas je... Redha je lah...

Bile balik rumah lepas dah maghrib semua tu, kite pun mule la operasi membuang segala akar-akar yang Abah tarik tadi.. Hailahhhhh jenuh tau nak asingkan sebab berpasir... nak basuh pun kene banyak kali sebab risau pasir-pasir tu masih ada...Demi Abah buatkan jugaklah.. lagipun dah lama tak dapat makan maman jeruk ni.

Nak jeruk ni tak lah susah sebenarnye. Tapi dulu arwah Mak pernah la kata... kene buat ngan hati ikhlas, nanti takut tak menjadi nasi tu boleh jadi merah... Betol atau tak kite tak tau la pulak kan. Petua orang dulu-dulu kot. Nak kite buat kerja biar ikhlas. Orang dulu kan banyak pantang larangnya. Hehehe...

Bahan yang guna pun tak banyak.

Maman lebih kurang 1 plastik medium mydin tu.
Garam dalam 3 sudu ikut rase masin air tu nanti.
Nasi lebih kurang 1 setengah senduk.

Mula-mula basuh maman tu bersihkan dan rendam dengan air garam sebab nak buang kotor. 

Lepas tu toskan airnya. Agak dan kering air yang ditoskan tu. Lapis-lapiskan degan nasi sampai la habis. Kemudian letakkan garam.

Dah letak garam tu baru letak air kemudian rase la sikit sebab takut terlebih masin.. Maklumlah bukannya pakar sangat memasak ni.

Bila dah siap kite boleh la tutup dan simpan dalam 2 atau 3 hari. So harap-harapnya jeruk maman kite ni menjadilah... Kesian pulak dekat Abah kalau tak menjadi.. hehehe... Nanti dah siap jadi jeruk kite cite lagi ye...

Kalau korang ada nampak pokok ni tumbuh korang jangan la buang boleh la try buat jeruk maman ni...





CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

SEMPENA BULAN MERDEKA - BAJU SAYA MALAYSIA

Assalammualaikum...

Hai semua... sempena bulan Merdeka ni Eyda nk cite sikit pasal baju yang awesome ni...

BAJU SAYA MALAYSIA



Ape yang bestnye baju ni? Haaaaa... tu la yang kite nak tunjuk. Baju Saya Malaysia ni direka khusus dan eksklusif untuk warga Malaysia tau. Dengan berteraskan 5 Prinsip Rukun Negara...Ha sape yang tak ingat Rukun Negara sila hafal mulai sekarang ye. Ipoh kan Bandaraya Hipster, so baju pun gaya hipster jugak lah. Sesuai dengan trend zaman sekarang tapi tidak lari dari semangat Nasionalisme dan Patriotisme terhadap Negara tercinta kita Malaysia ni.

SIJIL PEMILIKAN



Hohhh... ape ke bendenye sijil pemilikan ni... Okay itulah uniknya Baju saya Malaysia ni, sebab setiap baju yang kite miliki ada sijil pemilikan yang eksklusif. Kalau baju kita bernombor #10083, so tak kan ade orang lain noleh ambil nombor yang sama. Haaa...amacam sempoy kan... Sijil ni akan didaftarkan atas nama korang tau.

Sijil ni mendapat sokongan penuh dari Pejabat Timbalan Perdana Menteri tau.

APA GUNANYE SIJIL NI???

Dengan adanya sijil pemilikan ni, kita boleh tempah semula nombor yang sama kalau baju kita dah rosak. Ehemmm.. bukan free ye... bayar la ikut harga yang ditetapkan.hehehehe... Pihak Baju_Malaysia akan printkan semula untuk kita dengan nombor yang sama. So kalau nombor tu bukan nombor korang janganla berangan ye nak ambil nombor orang lain. Ada sijil tau tak boleh tipu hokeyyyy...

CIRI-CIRI

Dalam gamba ni korang boleh tengok ade 3 Ciri Khas

》 Perkataan  SAYA MALAYSIA
     Bermaksud Negara Malaysia dan disebut mewakili individu dengan cara yang oenuh sopan

》 NOMBOR
     Mewakili nombor pemilik yang juga merupakan rakyat Malaysia

》 Perkataan  I'M MALAYSIAN
     Mewakili individu atau pemakai dan juga sebagai rakyat Malaysia




Baju ni kite beli masa pergi ke Ipoh Cultural Parade dekat depan KTM Ipoh.  Kebetulan diaorang ada buka booth dekat sini. Tu yang beli tu... Tetiba rase bersemangat je nak beli walaupun tengah-tengah panas terik tu. hehehe...

Ipoh Cultural Parade 2017

Mase ni beli #10083 #10085 #10069

 Baju ni pun tak panas. Selesa je untuk dipakai.

 Bila dah beli dia akan bagi form untuk kita isi dan nanti diaorang akan pos kan sijil pemilikan kite tu.



Untuk keterangan lanjut korang boleh la melayari website, facebook, instagram atau wasap terus ke 010-269 3626

Nanti merdeka boleh la kite beramai-ramai pakai baju ni kan... Tapi teringin nak ada nombor #3009 hehehe.. ada tak orang nak belikan nombor ni??? dan harap-harap tak de la orang yang dah ambil nombor ni...

HARGA

Untuk harga promosi sempernah bulan kemerdekaan ni, korang akan dapat 10% diskaun tau.

Lengan Pendek

S - XL -----> RM22.50
2XL - 5XL ---->  RM27.00

Lengan Panjang

S - XL ----> RM31.50
2XL - 5XL  ----> RM40.50


JOM JOM JOM.. SEMENTARA TENGAH ADA PROMOSI POTONGAN HARGA NI.... JOM TUNJUKKAN SEMANGAT PATRIOTISME KITE....

Ehhhhhh... jap jap jap...
Sebelum terlupa....


Korang boleh join SWAFOTO BAJU SAYA MALAYSIA... Tarikh tutup penyertaan 15 September ni. Syarat-syarat sila klik pada foto ye... Okay selamat menyertai pertandingan Swafoto ni and Good Luck Guys...








CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

CHERATING, GERBANG PERCUTIAN YANG AWESOME

Assalammualaikum...
 Hai semua.. Korang pernah pergi Cherating tak? Eyda pun baru first time pergi Cherating.
Buat korang yang belum pernah ke kawasan percutian popular di Pantai Timur ni, meh baca post kite kali ni.

 Pantai Cherating yang cantik
Kalau sebut je pasal Cherating, perkara pertama yang muncul kat kepala kite ni mestilah pantai dan mandi-mkorang dekat laut kan. Actually banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan dekat sini sebenarnya. Banyak tempat-tempat menarik untuk di cuba. Pantai Cherating merupakan pantai peranginan yang sangat menarik yang terletak dalam negeri  Pahang. 
 
Lepas tu lokasinya pula bersebelahan dengan daerah Kemaman, Terengganu. Kalau bercuti ke Pantai Cherating dan korang menginap di sini, bermakna korang boleh terus ke beberapa tempat menarik yang ada di Kemaman.
PILIHAN HOTEL YANG MENARIK
Dekat Cherating ni kite boleh pilih banyak hotel sebenarnya. Ini adalah antara hotel yang korang boleh pilih bila pergi ke Cherating.
1. Suria Cherating Beach Resort. 

Suria Cherating Beach Resort ialah sebuah hotel dalam kawasan persekitaran yang baik, yang terletak di Cherating. Selain kedudukan yang strategik, Suria Cherating Beach Resort juga merupakan salah satu hotel yang berdekatan dengan Cherating Turtle Sanctuary dalam 1.94 km dan Sultan Ahmad Shah Airport (KUA) dalam 48.34 km. Suria Cherating Beach Resort ialah pilihan yang tepat bagi korang yang sedang mencari penginapan mampu milik di Cherating.
Cherating Turtle Sanctuary ni ada byk spesis penyu yang korang boleh tengok.
Kaunter 24 jam nya memang tersedia untuk memberikan perkhidmatan dekat korang, dari proses daftar masuk hingga ke daftar keluar, atau sebarang bantuan yang korangperlukan. Kalau korang nak lebih lagi, jangan la malu nak bertanya dekat receptionist depan tu, diaorang sentiasa bersedia untuk memenuhi permintaan korang.Nikmati hidangan kegemaran korang dengan makanan istimewa dari Suria Cherating Beach Resort. Yang penting eksklusif untuk korang tau.Suria Cherating Beach Resort ialah pilihan bijak bagi pelancong yang melawat Cherating. 

Sepanjang Pantai Cherating ni korang boleh la juga feel-feel dkt Pulau Nami.. hehehe.. sebab keadaan pokok-pokok yang ada sekitar pantai ni.

Antara family yang suka sangat bergambar. Background ala-ala Pulau Nami gitu kannn...

Auummm chakkkkk.. Hehehehe.. Best tau dekat sini...

2. Residence Inn Cherating 

Hotel ini amat mudah nak cari kerana kedudukannya yang strategik berdekatan dengan kemudahan awam. Hotel ini memang sesuai sangat bagi pasangan yang inginkan percutian romantis atau senang cerite tempat berbulan madu lah. Hehehe... 

So korang boleh lah nikmati suasana malam yang penuh kenangan dengan orang kesayangan korang kalau korang menginap di Residence Inn Cherating ni. Selain itu kite jugak boleh buat apa-apa acara perniagaan atau majlis majlis korporat, Residence Inn Cherating menyediakan perkhidmatan dan kemudahan lengkap yang korang dan rakan sekerja perlukan. Dengan semua kemudahan yang ditawarkan, Residence Inn Cherating adalah tempat yang sesuai untuk korang menginap.


Persisiran Pantai Cherating pun cantik sangat.. Tengok je lah laut yang membiru tu. 

3.Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating 

Hotel ni pun mempunyai persekitaran yang sangat best tau. Selain bertempat di kedudukan yang strategik, Holiday Villa Beach Resort & Spa Cherating juga tak jauh dari Cherating Turtle Sanctuary jugak, lebih kurang dalam 6.57 km je dan lebih kurang 40.12km dari Sultan Ahmad Shah Airport (KUA). Hotel ini ialah tempat terbaik bagi korang yang inginkan percutian yang tenang dan nyaman, jauh daripada orang ramai. 
 Bergambar family dekat tepi pantai pun cantik.
So korang dah ready ke untuk mendapatkan pengalaman penginapan yang tidak dapat dilupakan dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan korang? Kalau dah ready nanti sambung lagi baca sampai bawah tau... kite tunjuk gambar-gambar yang best sepanjang dekat Cherating..

Haaaa.... lagi satu... Pusat kecergasan hotel ini pun adalah salah satu kemudahan yang wajib korang cuba semasa penginapan korang dekat sini tau. Korang jugak boleh nikmati hari yang menyeronokkan dan bersantai di kolam, sama ada korang mengembara secara backpaker atau bersama orang yang tersayang.

4.Samsuria Beach Resort & Residence

Okay akhir sekali resort Samsuria ni. Resort ini pun tak susah untuk dicari sebab semuanya berdekatan dengan kemudah awam sekitar Cherating ni. Dekat sini korang boleh dapatkan pengalaman penginapan yang tidak dapat korang lupakan sebab dengan adanya perkhidmatan eksklusif yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk memenuhi semua keperluan korang. Macam hotel dan resort yang lain, pusat kecergasan resort ini juga adalah tempat yang wajib korang cuba semasa menginap dekat sini.

 Pagi-pagi boleh la tengok sunrise
kalau pergi ke hotel, perkara yang paling menyeronokkan bila dapat bersantai dekat dalam kolam. Selain tu korang boleh nikmati hidangan kegemaran korang dengan makanan istimewa dari Samsuria Beach Resort & Residence yang sangat eksklusif. Korang wajib ciptakan memori yang berharga dan tidak dapat dilupakan sepanjang penginapan korang dekat Samsuria Beach Resort & Residence ni. 

__________

Tu semua antara hotel-hotel yang korang boleh pilih. Mase tu kite duduk dekat Holiday Villa Beach Resort & Spa.  Memang best tau pergi Cherating ni. Macam-macam aktiviti kite boleh buat. 

Tengok la batu-batu kecil yang ada di persisir pantai ni.. cantik kan...

Aktiviti malam-malam boleh duduk main bakar-bakar sambil menikmati angin malam. 

Duduk pulak makan berdua-duaan macam ni, memang romantik la kan 


 Sebelum balik wajib la ambil gamba dekat hotel yang cantik ni kan...
Okay babai semua.. time to go home...
Jadi tunggu apa lagi, korang ada banyak pilihan penginapan untuk korang jadikan percutian yang menarik dalam hidup korang. Jom cepat book Cherating Hotels online on traveloka! Dapatkan hotel yang terbaik untuk percutian korang hanya di hujung jari. Tak Kan Tak Tau.. hehehe...

CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

MASIH ADAKAH YANG MENGENALINYA???

Assalammualaikum...

Hai semua... Sejak sibuk kerja ni susah betol nak berpeleseran macam selalu. Hehehe.

Kebetulan semalam Eyda pegi Ipoh Culture Parade dekat depan KTM Ipoh. Then teringat pulak zaman kecil-kecil masa ikut Abah kerja dulu.

Agak-agaknya ade lagi ke yang kenal biji saga ni ye???


Dulu selalu ikut Abah kerja dekat Telekom belakang Pejabat Pos Besar Ipoh. Sementara tu ggu Abah selesai hantar van atau lori kite akan kutip banyak-banyak biji saga ni. Lepas tu buat bantal kecil-kecil jadikan batu seremban. Atau pun jadikan bahan untuk buat kira-kira.

Sekarang ni, pokok saga ni dah tak banyak dan susah nk jumpa. Yang ada ni pun dh berpuluh tahun dah rasenya. Kalau korang jalan dekat pejabat pos besar Ipoh mesti korang nampak pokok ni. Nama jalan ni Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab... Berhadapan dengan IPK Perak.

Pokoknya pun dah tinggi melangit dah 

Pokoknye besar tau

Biji saga ni bertaburan macam ni je.. tu yang rase seronok nak kutip.

Budak-budak Gen Y ni mesti ramai yang tak tahu... termasuklah anak buah kite.. bile ditanya dia ingat ini gula-gula... adehhh... hehehe... Rase mcm nak kutip banyak-banyak kemudan botolkan... mane lah tahu satu hari nanti kite tak jumpe dah pokok ni sekurang-kurangnya generasi akan datang masih boleh tengok biji saga ni. Betol tak.. hehehe.. 

Okaylah selamat malam semua...

CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

JOM GANTIKAN GULA ANDA DENGAN STEEVYA


Assalammualaikum... Hai Semua.. Korang tau kan Eyda ada diabetes? Sejak dah kene hari tu Eyda dah tukarkan semua gula kepada pemanis semulajadi iaitu stevia. So kali ni Eyda nak share sikit pasal produk Steevya.


STEEVYA PEMANIS GANTI GULA YANG BAIK UNTUK KESIHATAN


Stevia atau nama saintifiknya Stevia Rebaudiana merupakan tumbuhan herba yang berasal dari Paraguay. Stevia telah lama digunakan oleh masyarakat di sana sebagai pemanis semula jadi dalam makanan, minuman dan perubatan oleh masyarakat di sana. Pokok stevia juga semakin mendapat perhatian masyarakat amnya di Malaysia kerana khasiat dan kelebihannya sebagai pengganti gula semula jadi.

Seperti yang kita sedia maklum, penggunaan gula putih yang dibuat daripada pokok tebu telah lama dipraktikkan dalam masyarakat sebagai penambah perasa manis dalam makanan dan minuman. Akan tetapi, pengambilan gula secara berlebihan boleh mengakibatkan banyak masalah kesihatan seperti obesiti (berat badan berlebihan), diabetes serta tekanan darah tinggi.

Zaman sekarang ni kita sebenarnya perlu mengambil inisiatif lain untuk menggantikan gula sebagai penambah rasa manis agar kehidupan kita menjadi lebih sihat.   Oleh kerana itulah, sejak kebelakangan ini, daun stevia menjadi semakin popular.

Stevia merupakan tumbuhan herba bebas toksin dan selamat digunakan untuk menurunkan kadar sakit diabetes, tekanan darah tinggi dan masalah berat badan. Menurut kajian, kandungan utama stevia yang menghasilkan rasa manis iaitu Steviosid membantu menurunkan kadar tekanan darah tinggi [1].

Keistimewaan stevia ini terdapat pada daunnya yang mempunyai rasa manis. Malah, ekstrak stevia ini dikatakan mempunyai 350 kali ganda rasa manis berbanding gula putih yang dibuat daripada pokok tebu. Antara produk pemanis stevia yang terdapat dipasaran adalah jenama STEEVYA. Produk ini telah diformulasikan daripada ekstrak daun stevia asli yang memberikan rasa manis lebih kuat dengan hanya tiga - empat titisan ke dalam makanan atau minuman.  

KEBAIKAN STEEVYA


Produk STEEVYA ini


  • tidak mengandungi sebarang karbohidrat, lemak, kalori dan tiada mengandungi sebarang pemanis lain. 
  • Produk ini telah disahkan dengan ujikaji makmal oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) serta turut diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan nombor notifikasi: KKM.600-7/2/1 Jld.57 (57)
  • Produk STEEVYA sesuai digunakan oleh pesakit kencing manis, mereka yang mengalami berat berlebihan, dan juga penghidap tekanan darah tinggi. 
  • STEEVYA ini juga selamat digunakan oleh semua lapisan umur termasuk kanak-kanak seawal 4 tahun dan orang dewasa.    
Selain itu, produk STEEVYA ini mengandungi Vitamin C yang boleh membantu meningkatkan imunisasi badan serta menambah kolagen dalam tubuh pesakit kencing manis. Vitamin C tersebut membantu memberikan ketahanan kepada sel tubuh badan serta dapat menangkis masalah luka sukar sembuh yang seringkali menyerang pesakit kencing manis.

STEEVYA merupakan produk pemanis stevia yang PERTAMA di Malaysia yang mencampurkan Vitamin C di dalam produk keluaran mereka.   Bukan sahaja bermanfaat sebagai penurun kadar gula dalam darah untuk pesakit macam Eyda ni, STEEVYA juga turut bermanfaat sebagai makanan tambahan bagi pesakit obes yang sedang dalam diet. Selain tu boleh juga letak dalam masakan tau.

Kandungan STEEVYA yang bebas kalori tidak akan mengakibatkan seseorang itu menjadi gemuk. Malah ia membantu pembakaran lemak dengan lebih pantas ketika aktiviti sukan dilakukan. Dengan indeks bebas glycomic, produk STEEVYA adalah selamat digunakan oleh sesiapa sahaja walaupun penghidap kencing manis. Namun begitu, penghidap kencing manis stage 3 ke atas perlu mendapatkan nasihat doktor sebelum menggunakan produk ini.

 
KLIK GAMBAR UNTUK INFORMASI LENGKAP STEEVYA
 

MENGAPA PERLU MENGGUNAKAN STEEVYA?


Kenapa perlunya kita gunakan Steevya ni???? Selain dia adalah bahan semulajadi ia juga dah ada Vitamin C... Haaa tengok penerangan dekat bawah ni.

Selain menjadi stevia pertama dalam Malaysia yang mengandungi Vitamin C, produk jenama STEEVYA juga merupakan produk pemanis stevia PERTAMA yang dijual di dalam botol 50ml. Sejak stevia diperkenalkan di Malaysia, belum ada mana-mana produk pemanis stevia yang dijual dalam kemasan melebihi 15ml.

Kebiasaannya produk stevia dekat pasaran cuma ada botol 10 atau 15ml sahaja. Tetapiiiii, STEEVYA adalah produk pertama yang mengeluarkan kemasan 50ml dengan harga yang amat berpatutan berbanding harga produk ekstrak stevia yang lain di pasaran.

Namun, kehadiran jenama STEEVYA ini bakal mengubah segalanya kerana produk ini dijual pada harga yang sangat berpatutan. Bayangkan, dengan pelbagai kebaikan yang anda boleh perolehi daripada produk STEEVYA ini, anda hanya perlu mengeluarkan RM 49.00 sahaja untuk sebotol 50ml. Betollll harganya cuma RM49.00 sahaja....

Harganya yang sangat berpatutan ini amat baik untuk semua lapisan masyarakat.   Maka, pilihan untuk menjadikan hidup anda lebih sihat berbanding sebelum ini bukan lagi satu pilihan yang mahal. Namun, ia mampu dikecapi oleh semua individu baik yang berpendapatan rendah atau tinggi.

Selain itu, STEEVYA juga telah melalui proses pengesahan selamat dijual dan selamat digunakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta pengesahan label produk telah dikeluarkan. Produk STEEVYA juga disahkan tidak mengandungi bahan merbahaya setelah melalui beberapa fasa ujikaji makmal di Malaysia.

Produk STEEVYA sedang dalam proses mendapatkan sijil Halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Walaubagaimanapun, bahan asas produk STEEVYA telahpun disahkan HALAL badan halal antarabangsa.   Maka, tidak syak lagi, produk STEEVYA merupakan pilihan paling tepat untuk anda dan keluarga. Bertukarlah kepada kehidupan yang lebih sihat. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan ia dengan STEEVYA!

Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA?

Layari laman web: www.steevya.net

Untuk pembelian online, sila layari: www.steevya.com


 TESTIMONI STEEVYA

 
 
 
 
 

CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...