lazada

nuffnang

APA ITU MOCHI

Assalammualaikum

Hai semua..

Pernah tak dengar Mochi
Eh ape tu ape tu?
Nama tempat ke? Nama org ke?
Hehehe
Bukannnn bukannnn
Ni sejenis makanan sebenarnye
Siape rajin baca komik anime Jepun mesti tau ape itu Mochi. Sebab kartun2 tu suke makan Mochi.
Kalau dekat Malaysia ni kite ade jugak yg hampir serupa... Dulu mak panggil abuk-abuk atau tepung gomak... tapi maybe tempat lain panggilannya berbeza.

http://myaida-incrediblerecipes.blogspot.my/2011/10/abuk-abuk-tepung-gomak.html 
Sumber Gambar
 
Ni versi Malaysia la kan... intinya kelapa...



Ini pulak Mochi @ tepung gomak Jepun 
(hahaha...memandai je nk bg nama kan...)
Mochi ni adalah kuih Jepun yang dibuat menggunakan beras pulut, ditumbuk pulak sampai lembut dan likat. mengikut Pakcik Gugel org Jepun makan time perayaan tradisional diaorg.
Nama perayaan tu lun Mochi Mochi jugak...hehehe
MOCHITSUKI.

Dalam Mochi ni inti kacang merah.
Tp Sugar & Pasta ni dia ade 6 perisa inti.
Tapi kite ni selalu sgt amik pink je...sbb suke pink.
So inti kacang merah je la yg kite rase..kikiki..
Ade inti peanut butter, coklat, pandan jugak

Kalau sesiapa area Ipoh yang berminat, korang boleh la cari Sugar & Pasta ni.
Dia buat lunch box dan brownies jugak.
Memang berbaloi beli dkt dia.. buat dengan penuh kasih sayang gitu...
Maknanya puas la makan kan..hehehe

Ok kali ni bagi ekstra sikit....
Resepi Mochi dan Abuk-abuk aka Tepung Gomak


Bahan

Tepung pulut 200gm ( atau anda boleh juga gunakan tepung pulut dari jepun mochiko @ shiratama ko )

Gula 4 sudu makan
Air 200-240ml 
Tepung katakuriko sedikit untuk menyaluti mochi 
Pewarna merah pink
Inti kacang merah
Kacang merah 200gm
Gula 100gm
Garam secubit
Cara membuat

1.adunkan tepung pulut bersama gula ,garamdan air, kacau sehingga rata dan masukkan sedikit pewarna merah pink dalam bekas Loyang.

2.Proses membuat mochi memerlukan anda menyediakan tempat mengukus, Panaskan kukusan, dan anda boleh kukus adunantepung tadi lebih kurang 15 minit.

3.Anda perlu menyediakan dulang, pastikan ianya kering atau anda boleh sediakan parchment paper kemudian taburkan tepung katakuriko.

4. Apabila tepung mochi telah masak dikukusan.angkat dari kukusan dan tuangkan tepung mocha kedalam dulang berisi tepung katakuriko.Ambil sedikit tepung katakuriko di tapak tangan anda supaya tidak melekat semasa proses membentuk mocha kacang merah.

5.Anda dinasihatkan berhati-hati semasa proses membentuk kerana tepung agak panas.Bagikan tepung kepada 16 bahagian atau 18 bahagian, masukkan initinkacang merah dan bentukkan bulat serta sapukan tepung katakuriko dibahagian luar mocha.lakukan sehingga selesai .

6.Manakala cara membuat initi kacang merah , anda perlu merendam kacang ,merah terlebih dahulu, sebaiknya semalaman, kemudian rebus dengan airsehingga lembut dan empuk , apabila kacang merah telah lembut ,baru anda masukkan gula, kerana jika anda masukkan gula dan air sekali, akan menyebabkan kacang merah lambat untuk lembut dan empuk.
Untuk membuat initi anda disarankan membentukkan bebola 20gm setiap satu.

Sumber Resepi
Incredible Recipes



bahan-bahan
1-1 1/4 cawan tepung pulut - aida agak2 shj tadi lupa sukat
1/2 cawan air panas suam kuku
secubit garam
inti kelapa yg telah siap dimasak secukupnya
tepung kacang hijau secukupnya - kacang hijau  yg tlh disangai & ditbk halus spt tpg - aida ltk inst. tpg kcg soya yg tlh disangai & dijdkan tpg - utk golek-golekan kuih

cara-cara
rebus air dan didihkan air ke dalam periuk sedederhana besar lebih kurang 3/4 penuh air, sementara menanti air mendidih bancuh tepung pulut dengan secubit garam dan air panas suam, adun adunan seperti membuat doh buah melaka sederhama lembut, kalau doh keras sila tambahkan air sedikit demi sedikit, sekiranya lembik sila tambah tepung pulut sedikit demi sedikit hingga jadi doh sederhana lembut,  ambil sedikit doh sebesar bola golf, bulatkan, leperkan, masukkan inti kelapa secukupnya, bungkus kemas, bulatkan balik, leperkan, masukkan terus ke dalam air panas yang sedang mendidih masak hingga terapung dan tepung secukup masak, angkat dgn penapis, golek-golekkan atas tepung kacang hijau, sedia untuk dihidangkan

Sumber Resepi

Selamat Mencuba semua...
See Yaaaa






CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

No comments:

Post a Comment

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...