lazada

nuffnang

Bawa Pulang Rakyat Malaysia dari Mesir...

Assalammualaikum... ✿◕‿◕)

Slamat malam skali lagi bt smua blogger....

Rata2 kat Blog, Fb, Twitter
smua cerita hangat pasal
''BAWA PULANG RAKYAT MALAYSIA DARI MESIR"
Ini aku amik dari Farahiyah Ismail





ini salah satu yg paling mendapat smbutan hangat & perhatian dari smua...
Harapan aku kes kene rogol tu tak benar...

Kita cuma mampu berdoa...
Moga Allah kabulkan doa kita smua....
dan kita jangan jemu berdoa utk mereka....

yang ini pulak
"SURAT"
aku amik dari Ameno World

Kepada yang berkenaan ;

Perdana menteri malaysia,
Timbalan perdana menteri malaysia,
Menteri hal ewhal luar negara malaysia,
Media perdana malaysia,
Rakyat malaysia.

Perkara : Bawa pulang rakyat malaysia dari mesir.

Saya yang bernama Mohd Hasfman bin Asnin meminta kerjasama dan bantuan segera dari kerajaan untuk membawa pulang rakyat malaysia yang berada di mesir dengan kadar segera kerana memikirkan keselamatan mereka di sana.

Beberapa perkara yang perlu menjadi perhatian perdana menteri malaysia dan kerajaan malaysia ialah ;

- terdapat laporan mengatakan ada pelajar medic di rogol dalam rumah mereka oleh kumpulan banduan di mesir.

- terdapat juga laporan tersebar bahawa 2,3 orang student malaysia terkena peluru sesat ketika keluar mencari makanan dan usaha untuk menghubungi ahli keluarga bagi meminta bantuan.

- terdapat laporan mengatakan bahawa ada sekumpulan student kehabisan wang untuk membeli makanan dan kini ketakutan. Bank2 di seluruh mesir tertutup dan mereka kebuntuan untuk meminta bantuan kerana talian komunikasi terputus.

- Kebanyakkan student perempuan yang berada di hostel berasa cemas, kaget dan ketakutan.

- Ada hostel student malaysia dan indonesia yang dipecah masuk dan dirompak.

- Ada yang masih sabar berkampungdi lapangan airport alexandaria untuk menunggu flight yang tertangguh. 

- Ada yang tiada wang untuk pulang selain mengharapkan ihsan kerajaan dan pihak yang sudi menaja. Harga tiket dilaporkan naik 7kali ganda di samping harga makanan yang mendadak naik dalam tempoh kurang 5 hari demostransi di mesir.

- Di maklumkan hanya student MARA dan JPA sahaja yang akan di bawa pulang ke malaysia dan ini tidak adil. Kenapa perlu wujud double standard? Saya harap berita ini tidak sahih.

- Protes di mesir di jangka akan berlarutan untuk suatu tempoh yang lama dan panjang dan brkemungkinan akan berjangkit di negara2 kejiranan mesir.

-hospital, balai polis dan pusat bantuan lumpuh kerana dibakar, diserang dan kekurangan kakitangan untuk mengawalselia keadaan di sana.

- ramai penjenayah bebas di atas jalan2 di mesir dan keselamatan orang awam tidak terjamin.

- Terdapat laporan mengatakan bahawa ada beberapa warga malaysia akan berkampung di negara kejiranan mesir. Saya mencadangkan lebih baik bawa mereka pulang terutamanya student2 dari malaysia. Selain boleh mengurangkan kos makanan, penginapan dan perbelanjaan lain, ahli keluarga mereka di malaysia juga tidak akan sentiasa risau memikirkan keselamatan anak2 mereka di sana.

2. Jepun, Amerika, Jordan, Turki, Kanada, Syria, Australia dan China sudah membawa warganegara mereka menaiki kapalterbang yang khas yang digunakan untuk mengangkut rakyat mereka di sana.

3. Selain dari krisis mesir yang tidak dapat dijangka akan berlanjutan sampai bila, kerajaan juga perlu menimbangkan aspek2 keselamatan dan kesihatan lebih dari 11,000 ribu warganegara malaysia di sana yang terdiri daripada pekerja2 dan pelajar2 di malaysia.

4.Dengan merujuk kepada paparan printscreen di atas, jelas terdapat kekacauan yang besar dan rakyat malaysia sedikit sebanyak sudah tentu akan terjejas. Tanpa perlu menunggu amaran merah, kerajaan perlu sedia bawa pulang rakyat malaysia segera kerana dikhuatiri ada nyawa yang mungkin melayang. Jika benar ada pelajar malaysia yang ditembak sudah tentu pelajar tersebut tidak boleh mendapatkan rawatan apatah lagi bekalan makanan dan wang mereka juga kian susut. Bank masih ditutup. Laporan kewangan juga mengesahkan bahawa bank2 di mesir berisiko tinggi kehilangan deposit. Jika ini berlaku, samada bank dibuka atau ditutup tiada beza kerana student tidak boleh keluarkan wang mereka dari bank yang tiada wang.

5. Apabila saya melihat berita menerusi kaca tv saya dapati kurangnya kesedaran tentang pelajar malaysia di mesir oleh kerajaan dan kerajaan mungkin tidak mendapatkan gambaran sebenar tentang apa yang berlaku di sana. Oleh itu izinkan saya share satu link yang melaporkan setiap perkara yang berkaitan pelajar malaysia di mesir dan mohon budi bicara kerajaan untuk bawa pulang mereka segera. Kerajaan boleh mendapatkan segala akses mengenai pelajar di mesir disini dan tolonglah bawa mereka pulang segera. Keselamatan dan kesihatan mereka mungkin dalam bahaya dan bukan semua sempat berkumpul di lokasi yang selamat. 

Kerjasama dan perhatian kerajaan dalam kes ini amatlah diperlukan.

Yang risau tentang nasib rakyat malaysia di mesir.
Mohd Hafsman Bin Asnin

Surat kat atas ini dikarang oleh budak yang send mesej kat fb aku. Dia harap kerajaan boleh bantu student yang terperangkap kat mesir dan topik di atas takde kena mengena dengan politik sebab dia minta aku jgn sebut perihal politik or menyalahkan kerajaan dalam hal neh. So aku hormati pendirian dia dan aku harap najib boleh pertimbangkan idea ini.. 

Ameno : bab rogol tue aku tak tahu dari malaysia or dari indonesia.. apa2 pun aku harap malaysia boleh bawa balik seme student dan warga malaysia dari mesir.. keselamatan yang paling utama.. cukup2lah tue nak pertimbangkan apa lagi?nak pantau apa lagi? hantar je kapalterbang jemput cam china tue. [dengar citer china komunis.. heh.]

Skali lagi marilah kita sama2 truskan berdoa utk mereka...

~~~<@
LovelyPinky
@>~~~ 


CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

2 comments:

  1. smoga semuanya selamat..amin..
    hai saya follower baru..moh ke blog saya..
    zoeyzauyah.blogspot.com ada mekap n lain2

    ReplyDelete
  2. kita doa2 banyak2 diaorang semua selamat..dlu adik linda pernah juga bergelut hal mcm ni..masa tsunami di thailand.telefon kedutaan nama tak tersenarai antara yg selamat..hya doa kami sekoge je iring adik masa tu..alhamdulilah,dia selamat..

    ReplyDelete

Si Chommel kate ✿◕‿◕)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...