KBBA

lazada

>

nuffnang

SOLAT TARAWIKH DI RUMAH

Assalammualaikum

Hai semua... Antara kita mesti ada yang gusar bile teringin nk solat tarawikh tapi tak boleh nak pergi ke masjid untuk berjemaah... Kite paham perasaan tu sebab kite pun ada masanya xdapat nak pergi ke masjid berjemaah. So bila xdpt tu kite belajar la buat dekat rumah.

Ni kita dapat dari whatsapp yang kite terima dan rase ia mudah untuk kita ikut. So kita share dkt sini untuk sama-sama kita belajar.

CARA SOLAT TARAWIH DI RUMAH

Mak2 yg ada anak kecil dan jugak mak2 yg siangnya bekerja, malamnya jadi supermak.. jom baca cara2 nak buat solat terawih di rumah..

Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'.

Mudahnya nak beribadah.. jangan sedih kalau tak dapat ikut buat terawih di masjid.
● Mungkin kita ada anak yang masih kecil, jadi agak sukar nak bawak si kecil bersama ke masjid.

● Mungkin kita ibu bekerja yg sudah seharian bekerja di pejabat dan pulang menyambung tanggungjawab di rumah pula.

● Solat Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam. Jadi bolehlah ibu berehat atau menunggu si kecil tidur dahulu... sangat bersesuaian dengan diri mereka yang sudah keletihan menguruskan rumah dan keluarga.

Bagi yang baru nak berjinak solat tarawih dirumah, boleh ikut cara di bawah ye:

SOLAT SUNAT TERAWIH
~~~~~~~~~~~~~~~~~

● Niatnya  :
أ ُصـَــلـِّــى سـُــنـَّـَــة َ الــتـَّـَــرَاو ِيـْــح ِ رَكـْــعـَــتـَــيـْــن ِ لـِــلـَّـَـه تـَــعـَــالـَــى
“Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Ta’ala.”

● Bilangan rakaat buatlah yang termampu.  Paling ringkas buat 11 rakaat, 8 terawih dan 3 witir. Lakukan setiap 2 rakaat satu salam dan seterusnya.  Witir pula, 2 rakaat 1 salam dan witir 1 rakaat 1 salam.

● Apa yang wajib adalah surah al Fatihah, surah surah berikutnya adalah pilihan kita dan ia adalah sunat.

● Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa dan periwayatan khalifah tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat. Tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan.

SOLAT SUNAT WITIR
~~~~~~~~~~~~~~~

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Jika berniat hendak melakukan qiyamullail, boleh tangguhkan solat witir selepas selesai qiyamullail tersebut kerana solat witir adalah penutup kepada solat2 sunat yang lain.

● Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

● Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat
أصَلِّي سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
"Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

● Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ  [3x]

● Doa Solat Witir
"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai..

Sangat lah mudah..tiada alasan untuk tidak dapat buat solat tarawih kerana tidak dapat ke masjid. Selepas anak-anak dah tidur dan selepas berehat, bolehlah kita mulakan. Jom sama-sama berubah kearah yang lebih baik..kalau tahun lepas langsung tak dapat buat solat tarawih, tahun ni kita usaha buat.




SEMOGA BERMANFAAT..
CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

TARIKH RAMADHAN 1438H/2017H

Assalammualaikum...

Alhamdulillah esok kite semua start puasa ye...

Seperti biasa setiap tahun memang kite akan tunggu pengumuman ni... Memang dari kecik kite suke dok tunggu depan TV hehehehe...


Nampak je ni mesti dh eksited nk dengar sampai habis...


Paling suke bila dia sebut"saya pemegang mohor-mohor besar....."


Syukur kita masih diberi kesempata bertemu Ramadhan kali ini.... Selamat berpuasa semua... Jangan lupe niat puasa ya




CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

TUAH MENYERTAI EMBORG MOTHER'S DAY PLAY TO WIN

Assalammualaikum...

Hai semua.. beberapa hari lepas dapat comment dari Emborg dekat Fb mengenai pemenang Play To Win yang Emborg buat semperna hari Ibu baru-baru ni.

Punyalah happy sebab tak sangka pulak boleh menang.. Niat di hati memang saja-saja je nk try dan tak mengharapkan apa-apa pun. Tapi itulah orang tua-tua dh kata "tuah ayam nampak di kaki... tuah manusia siapa yang tahu"... hehehe...

Contest ni just share resepi apa yang korang nk buat berdasarkan screen shot yang korang dapat. So kite pun mencuba hehehe....


Inilah penyertaan kite... kite dapat gamba Mozzarella Cheese, Cheddar Cheese dan Vegetables Pasta. Vegetables Pasta ni adalah produk baru dari Emborg.  Menu yang kite cuba nk buat kalau kita dpt produk ni simple je ... Baked Mixed Vegie Pasta Cheese... Macam yang kite komen dekat Emborg tu.. hehehe.. Yang penting ayat tu "COOK WITH EMBORG COOK WITH LOVE" hehehehe..


Korang boleh la follow page Emborg ni.. mana la tahun next time ada lagi contest-contest macam ni kan... Masa diaorg komen nama pemenang tu 5 6 kali jugak lah mata ni dok baca senarai nama tu.. tak sangka pulak no 2 tu nama Haida Eyda... hehehe... 


Seperti yang dijanjikan Emborg bagi kite e-Voucher ni yang bernilai RM200 untuk shopping dekat HERMO... Apa HERMO ni.. okay nnt kite cerita dalam entry yang berikutnya ye.... Sebab kite pun baru je tahu pasal HERMO ni... dan sudah pun membeli dengan menggunakan e-voucher ni... Alhamdulillah.. sape nk bagi kan... Thanks Emborg Thanks HERMO...




Nanti kite sambung cerita ape yang ada dalam HERMO ni pulak. 

#EmborgMY #EveryMomMatches #kepink




CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

PENANG TRIP - NASI 7 BENUA

Assalammualaikum...

Hai semua... Jumaat lepas kite pegi Penang dengan adik angkat kite Akhmar. Kali ni 1st time kite tido kat Penang setelah abis sekolah... Hahahaha... Sebelum ni Abah memang selalu bawa tapi pegi balik hari je. 1st time tido pun masa Yong kite bawak time skolah dulu ngan anak2 dia... masa tu anak2 dia pun kecik lagi.. kite pun baru nak masuk tingkatan 2..

1st tempat kite pegi adalah Nasi 7 Benua... Mula2 Akhmar bagitahu pasal tempat ni, kite tertanya jugak kenapa Nasi 7 Benua??? Then dia pun bagitau la alkisahnye then bile google baru lah paham. Tapi untuk merasai sendiri keistimewaan Nasi 7 Benua ni kite minta Akhmar bawakan jugak ke sini.. hehehe...


AWESOME NASI

Kenapa 7 Benua??? Ha inilah jawapan kepada kenapa 7 Benua.... Nasi ni ada 7 jenis yang diletakkan dalam pinggan. Sebab tu la dipanggil 7 Benua... Okay Benua Pertama adalah Nasi Putih, Benua Ke-2 Nasi Minyak, Benua Ke-3 Nasi Lamuni, Benua Ke-4 Nasi Hujan Panas, Benua Ke-5 Nasi Lemak, Benua Ke-6 Nasi Kacang dan Benua Ke-7 adalah Nasi Tomato.

KOO BOO CAFE aka NASI 7 BENUA


Kalau nk tau nama kedai ni sebenarnye KOO BOO CAFE... tapi lebih glamer dengan nama Nasi 7 Benua. Lokasi kedai ni senang nak cari sebabnya dia berdekatan dengan Penang International Sports Arena (PISA) dan bersebelahan dengan Stadium Sungai Ara.



Dekat sini ada pelbagai pilihan lauk tau... so kita boleh pilih la nk ikan ke, ayam ke tambah sayur semua terpulang, ikut selara masing-masing. Jadi tak risau la tak boleh mkn ayam ke dagin ke sea food ke kan.. sebab menu banyak untuk dipilih.



Harga nasi ni pun berpatutan makan untuk 2 org  RM15.50. So berbaloi jugak la kan.. dapat rase 7 jenis hidangan nasi yang berbeza rasa.

 


Okay ini pulak menu pilihan kite pada hari tu. ayam masak merah, gulai dalca ayam dan telur masin. Telur masin tu pembuka selera.. hehehe.. Air pulak kite amik Teh 'O Ais & Teh 'O Ais Limau.

 Haaaa.. makanan dh ada depan mata, apa tunggu lagi moh le kite makan ye dak... Tak mampu dh nak tahan selera tu tengok nasi yang ada 7 ketol tu.. Nampak tersenyum lebar tu kan.. maknanya puas hati lah dapat makan nasi ni.


Ramai yang kata tampat ni selalu sesak.. Tapi bernasib baik seba kite pegi time org nk Solat Jumaat so tak la ramai. Sini pun ada non muslim yang makan... kita kan 1 Malaysia..

Sebelum teruskan destinasi.. kite taking picture dulu sekeping depan kedai ni.... Harapnya dapat datang lagi untuk cuba lauk yang lain pulak....


Lepas ni selain misi korang mencari nasi kandar, korang boleh la mencari nasi 7 Benua ni pulak ye...

LOKASI 

Okay ni lah lokasi yang patut korang tuju bile ke Penang..

Nasi 7 Benua @ Koo Boo Cafe
Taman Tunas Muda,
Bayan Lepas,
Pulau Pinang

Owh ya sebelum terlupa kedai ni buka Isnin hingga Sabtu. Hari Ahad tutup naaa.... waktu operasi 11 pagi hingga 11 malam.

Nah maps untuk senangkan korang nk cari




Selamat mencuba ya... 














CAKAP-CAKAP MRS KEPINK

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...